Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pada awal tahun ini, kita sedia mendengar beberapa berita baik berkaitan pelaburan dan kerjasama bersama pihak luar sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan negara. Nampaknya trend positif ini berterusan dengan pelaburan oleh syarikat Intel pula.

Artikel Berkaitan:

Menerusi laporan terkini, Intel memberi komitmen dengan melabur RM30 bilion untuk tempoh 10 tahun bagi mengembangkan operasinya di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

Sumber Gambar: Berita Harian

“Pelaburan ini dijangka akan mewujudkan lebih 4,000 peluang pekerjaan di Intel serta lebih 5,000 pekerjaan dalam bidang pembinaan,” kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tambahnya, beliau menyambut baik komitmen diberikan Intel dan kerjasama seumpamanya akan diteruskan dengan syarikat-syarikat lain dalam meningkatkan pelaburan di Malaysia.

Intel sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 1972 lagi dan menjadi antara perintis industri E&E di negara ini. Pada 2021, Intel Corp mengumumkan pelaburan untuk membina kilang pembungkusan dan ujian cip baharu di Malaysia yang dijangka memulakan operasi pada 2024.

Selain Intel,syarikat P&G turut mengintai  peluang-peluang di Malaysia dan sedia memberi komitmen untuk melabur lebih banyak di Malaysia. Zafrul berkata Malaysia juga akan menerima satu lagi pelaburan besar dalam logistik.

Pelaburan seumpama ini sememangnya memberikan impak besar terhadap ekonomi negara dalam masa yang sama bakal membuka peluang pekerjaan yang luas buat warga tempatan. Hal ini sekaligus menarik para pelabur luar untuk turut melabur di Malaysia.