Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga berubah, ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2021.

Menerusi laporan yang dikeluarkan, ASN Imbang 1 berjaya mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.92%. Dana tersebut membayar pengagihan pendapatan berjumlah RM27.46 juta yang bersamaan 2.74 sen seunit kepada 44,752 pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 1.00 bilion unit.

Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan pengagihan, yang diumumkan syarikat pengurusan unit amanah milik penuhnya itu, adalah bersamaan hasil dividen sebanyak 2.85 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini dana.

Sebagai rekod, ASN Imbang 1 berjaya mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.92 peratus, mengatasi penanda aras 50 peratus Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia (FBM 100) dan 50 peratus deposit tetap 12 bulan Maybank sebanyak 7.13 peratus, tambahnya.

Menurut PNB, pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Disember 2021. Mempelbagaikan strategi pelaburan ke pasaran antarabangsa antara yang menjadi kunci utama buat ASN Imbang 1 meraih pendapatan bersih sebanyak RM31.20 juta.

ASN Imbang 1 sehingga kini memperuntukkan sekitar 21 peratus asetnya dalam ekuiti global yang sekaligus menyumbang kepada 61 peratus pendapatan kasar. Sementara itu, pasti ramai pelabur ASB yang sudah tidak sabar menantikan dividen yang bakal diumumkan menjelang akhir bulan hadapan.

Sebagai rekod, ASB telah mencatatkan pulangan dividen sebanyak 4.25 sen seunit pada tahun lalu sekaligus menjadi agihan terendah sejak tahun 1990.

ASB Umum Dividen 4.25 Peratus Dengan Bonus 0.75 Seunit, Agihan Terendah Sejak 1990

Pulangan Pelaburan ASB Terendah, Masih Relevan Atau Kita Perlukan Instrumen Pelaburan Lain

Anda Mungkin Suka