Sekiranya anda mempunyai anak kecil, kami yakin channel dengan jumlah subscribers yang tinggi ini pastinya antara yang berada dalam tontonan. Hadir dengan konsep unboxing barangan mainan terbaru, channel Ryan’s World berjaya membuatkan kanak-kanak teruja untuk menonton kehidupan seharian Ryan yang indah-indah belaka.

Namun apa yang membuatkan orang ramai lebih teruja adalah channel Ryan’s World atau sebelum ini dikenali dengan nama Ryan ToysReview berjaya menjadi channel dengan jumlah pendapatan tertinggi di YouTube mengalahkan nama-nama besar seperti PewDiePie, Canal KonZilla dan ramai lagi.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →
4qgy323e

Populariti Ryan telah membuatkan syarikat mainan hasilkan mainan beliau sendiri. Sumber: Hacker noon

Kejayaan Ryan Kaji selaku watak utama dalam channel ini yang berjaya membolehkan beliau memperoleh sebanyak $26 juta (~RM107.6 juta) pada platform YouTube sepanjang 2019. Lebih hebat, beliau kini baru sahaja berusia 8 tahun dan sudah berjaya disenaraikan dalam Forbes magazine.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali beliau muncul sebagai YouTuber dengan pendapatan tertinggi. Pada tahun lalu, Ryan Kaji berjaya melakukan perkara yang sama dengan pendapatan sebanyak $22 juta (~RM91.1 juta).

51daa4bd4bd448db836e4b94942da86a

Kejayaan Ryan turut dibantu oleh keluarganya. Sumber: Yahoo Singapore

Menurut Social Blade, kejayaan Ryan’s World dalam memperoleh pendapatan yang tinggi adalah jumlah tontonan yang tinggi dimana channel ini sudah berjaya menerima 35 bilion tontonan sejak mula dilancarkan pada tahun 2015.

Melihatkan umur Ryan Kaji yang masih muda, pastinya banyak potensi yang boleh dikembangkan mengenai budak ini pada masa akan datang. Paling hebat sudah pastinya kejayaan beliau yang berusia lapan tahun serta dibantu keluarganya dalam menghasilkan wang mencecah sembilan angka.

Sekitar awal tahun ini, channel Ryan’s World dilaporkan bakal mempunyai rancangan tersendiri di Nickelodeon. Ketahui lebih lanjut mengenai budak cilik ini dengan klik pautan di bawah.

YouTuber Ryan ToysReview Bakal Mempunyai Rancangan TV Sendiri Di Nickelodeon

Bagaimana ‘Ryan ToysReview’ Berjaya Memperoleh RM45 Juta Setahun Melalui YouTube

Anda Mungkin Suka