Sekiranya anda mempunyai anak kecil, kami yakin channel dengan jumlah subscribers yang tinggi ini pastinya antara yang berada dalam tontonan. Hadir dengan konsep unboxing barangan mainan terbaru, channel Ryan’s World berjaya membuatkan kanak-kanak teruja untuk menonton kehidupan seharian Ryan yang indah-indah belaka.

Namun apa yang membuatkan orang ramai lebih teruja adalah channel Ryan’s World atau sebelum ini dikenali dengan nama Ryan ToysReview berjaya menjadi channel dengan jumlah pendapatan tertinggi di YouTube mengalahkan nama-nama besar seperti MrBeast, Dude Perfect dan ramai lagi.

Kejayaan Ryan Kaji selaku watak utama dalam channel ini yang berjaya membolehkan beliau memperoleh sebanyak $29.5 juta (~RM119.5 juta) pada platform YouTube sepanjang 2020. Lebih hebat, beliau kini baru sahaja berusia 9 tahun dan sudah berjaya disenaraikan dalam Forbes magazine.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali beliau muncul sebagai YouTuber dengan pendapatan tertinggi. Pada tahun lalu, Ryan Kaji berjaya melakukan perkara yang sama dengan pendapatan sebanyak $26 juta (~RM105.3 juta).

ryans-family
Kejayaan Ryan turut dibantu oleh keluarganya. Sumber: Groovewallet

Difahamkan kini, beliau sudah berjaya diiktiraf sebagai influencer kanak-kanak serta turut menerima sponsor daripada jenama-jenama seperti Mark & Spencer. Lebih hebat, beliau turut dilamar Nickelodeon dalam menghasilkan rancangan TV beliau sendiri.

Ahli keluarga yang pada awalnya sekadar merakam aktiviti beliau turut terlibat bersama dengan beliau sekaligus menjadikan channel Ryan’s World sebagai pendapatan keluarga.

Melihatkan umur Ryan Kaji yang masih muda, pastinya banyak potensi yang boleh dikembangkan mengenai budak ini pada masa akan datang. Paling hebat sudah pastinya kejayaan beliau yang berusia lapan tahun serta dibantu keluarganya dalam menghasilkan wang mencecah sembilan angka.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali beliau menjadi YouTuber dengan pendapatan tertinggi dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai Ryan’s World dengan klik pautan di bawah.

Bagaimana ‘Ryan ToysReview’ Berjaya Memperoleh RM45 Juta Setahun Melalui YouTube

YouTuber Ryan ToysReview Bakal Mempunyai Rancangan TV Sendiri Di Nickelodeon

Kanak-Kanak Ini Jana Pendapatan RM92 Juta Hanya Dengan Bermain Mainan Di YouTube

Sumber