Negara India menerima pingat Olimpik 2020 pertama melalui acara angkat berat wanita 49kg diwakili oleh atlet Mirabai Chanu yang baru berusia 26 tahun. Beliau menjadi atlet angkat berat negara India kedua yang memenangi pingat di sukan Olimpik.

Sebaik sahaja pulang dari Tokyo ke Imphal, tempat di mana Mirabai Chanu tinggal, beliau lebih fokus untuk mencari pemandu lori yang pernah membantunya untuk pergi ke akademi latihan tepat pada waktunya tanpa meminta upah semasa karier awalnya sebagai seorang penggusti profesional.

Setelah kejayaannya mendapat pingat di Tokyo, Mirabai Chanu mendedahkan kepada dunia bahawa beliau mendapat banyak sokongan daripada pemandu-pemandu lori yang biasa menumpangkannya dari rumah di kampung Nongpok Kakching ke akademi latihan Kompleks Sukan Khuman Lampak di Imphal yang jaraknya lebih dari 25km.

Pencarian Mirabai Chanu akhirnya berhasil apabila beliau menemui pemandu-pemandu lori tersebut dan memberikan mereka hadiah di kawasan kediamannya sendiri baru-baru ini. Ahli keluarga beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para pemandu yang banyak membantu Mirabai Chanu beberapa tahun yang lalu.

Ibu kepada atlet angkat berat itu, Saikhom Ongbi Tombi Devi menceritakan pada hari kebiasaannya pemandu-pemandu lori akan berhenti di kedai tehnya yang terletak di kampung mereka dan akan menumpangkan atlet wanita itu pergi ke akademi latihan.

Ada beberapa klip video yang dikongsikan pada YouTube menunjukkan atlet wanita tersebut tidak dapat menahan air mata semasa mengucapkan penghargaan terima kasih di hadapan semua pemandu lori yang hadir.

Mirabai Chanu tidak menggunakan kejayaan yang beliau kecapi untuk menjadikannya seorang lupa diri, sebaliknya ia menjadikan beliau seorang yang bersyukur serta mengingati jasa budi pelbagai pihak yang pernah membantu beliau sewaktu memulakan karier satu masa dahulu.

Baru berusia 14 tahun, remaja ini berjaya mendapatkan pingat emas untuk menangunggu kos rawatan ibu. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Misi Quan Hongchan Di Usia 14 Tahun, Raih Emas Untuk Tanggung Kos Rawatan Ibu

Menangi Pingat Emas, Atlet Filipina Ini Dihadiahkan Tiket Kapal Terbang Dan Petrol Percuma Seumur Hidup