Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketika ini, banyak industri terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan terpaksa membuang pekerja. Oleh itu, ramai yang membuat keputusan bekerja sebagai ‘rider’ Foodpanda, Grab dan sebagainya.

Terbaharu, tular jumlah pendapatan dua bulan seorang ‘rider’ makanan di media sosial menjadi perhatian netizen. Rata-rata terkejut kerana selama dua bulan ‘rider’ tersebut berjaya meraih RM18,005.

Income foodpanda rider. 😁

Posted by Safwan Seth on Monday, January 18, 2021

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa bukan mudah untuk mendapat pendapat sebanyak itu kerana memerlukan komitmen dan rajin berusaha untuk mencapainya.

Malah, ada juga netizen mengatakan anak muda harus rajin bekerja kerana dalam kesusahan akan ada kesenangan kelak. Tidak semua orang sanggup bekerja sebagai ‘rider’ disebabkan risiko dan penat.

Kerja 12 jam dan dapat RM300 sehari. OK pe. Orang muda jangan komplain penat selagi ada kederat kasi pulun. Dalam kesusahan ada kesenangan. Apa yang penting, kena rajin. Simpan duit dan buat modal bzness lain.

Posted by Zainuddin Omar on Monday, January 18, 2021

Dude, RM18k in 725 hours is slightly above RM24/hour. You earn as you work. And this dude is earning a little over RM6…

Posted by Sherab Wangchug on Monday, January 18, 2021

Screenshot 2021-01-19 at 2.04.19 PM

Akan tetapi, ada juga yang tidak bersetuju tindakan ‘rider’ tersebut mendedahkan pendapatan yang diterimanya kerana akan memberikan kesan kepada ‘rider’ lain. Apakah pendapat anda akan perkara ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Daripada Pendapatan Enam Angka Kepada ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Terpaksa Tukar Kerjaya Untuk Teruskan Hidup

Dari Awan Turun Ke Jalanan, Lelaki Ini Kongsi Persamaan Jadi ‘Rider’ E-Hailing Dan Juruterbang

‘Order Saja Walaupun Hujan’- Rider Nasihatkan Orang Ramai Tidak Perlu Risau

Anda Mungkin Suka