Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Setiap orang mempunyai cara dan strategi masing-masing dalam membuat pelaburan kewangan. Instrumen pelaburan yang cukup terkenal di kalangan orang ramai pada masa ini ialah pelaburan emas dan matawang kripto.

Tetapi berbeza pula bagi wanita ini kerana beliu mendakwa menjual pokok lebih ‘menguntungkan’ berbanding membeli emas apabila salah seorang pelanggannya telah mendapat keuntungan sebanyak RM50,000 setelah menjual semula pokok yang dibeli padanya dengan harga RM24,000 November tahun lalu.

Ekoran dakwaan tersebut, wanita ini telah mendapat ratusan komen yang mempertikaikan bagaimana beliau boleh membandingkan nilai ‘keuntungan’ pelaburan pokok dengan emas begitu sekali.

Netizen seolah-olah tidak percaya bagaimana ada orang sanggup membeli pokok tersebut dengan nilai yang mencecah RM80,000. Bagi mereka harga tersebut terlalu keterlaluan dan sangat mahal.

vocket-wanita-dakwa-jual-pokok-lebih-untung-dari-emas-5
Sumber Gambar: Facebook Melaka Network
vocket-wanita-dakwa-jual-pokok-lebih-untung-dari-emas-4
Sumber Gambar: Facebook Melaka Network
vocket-wanita-dakwa-jual-pokok-lebih-untung-dari-emas-3
Sumber Gambar: Facebook Melaka Network
vocket-wanita-dakwa-jual-pokok-lebih-untung-dari-emas-6
Sumber Gambar: Facebook Melaka Network

Menurut wanita tersebut, harga semasa sedaun pokok Philodendron Billietiae sekitar RM12,000 hingga RM15,000. Jadi disebabkan itu pelanggannya berjaya mendapatkan keuntungan sehingga RM50,000 untuk satu pokok.

Pada masa yang sama, masih ada juga netizen yang mengakui harga sedaun untuk pokok tersebut memang boleh mencecah puluhan ribu ringgit bahkan boleh lebih tinggi dari itu.

vocket-wanita-dakwa-jual-pokok-lebih-untung-dari-emas-7
Sumber Gambar: Facebook Melaka Network
vocket-wanita-dakwa-jual-pokok-lebih-untung-dari-emas-8
Sumber Gambar: Facebook Melaka Network
vocket-wanita-dakwa-jual-pokok-lebih-untung-dari-emas-9
Sumber Gambar: Facebook Melaka Network

Menurut hasil carian The Vocket, pokok Philodendron Billietiae ini mempunyai ruang permukaan berwarna hijau terhad berbanding pokok-pokok lain. Sekaligus ia mengganggu proses fotosintesis yang membolehkan ia menghasilkan ‘makanan’ untuk pertumbuhan dan pembaikan pokok ini.

Oleh sebab itulah harga pokok jenis Philodendron Billietiae boleh mencecah puluhan ribu ringgit dikalangan peminat pokok kerana proses penjagaan yang agak rumit dan tempoh pembesaran terlalu lambat. Dalam bahasa mudah semakin besar saiz daun pokok ini, semakin mahal harganya.

Apa pendapat anda mengenai membuat pelaburan pokok ini? Adakah keuntungannya sesuai untuk dibandingkan dengan pelaburan emas? Kongsikan pendapat anda melalui ruangan komen di bawah.

Baca lagi artikel yang menjadi pilhan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Netizen Terkejut Toyota Alphard Jadi ‘Kereta Mayat’ Sahaja Di China

Lelaki Ini Dipuji Kerana Kekal Tenang Walaupun Van Ditembak Dan Dirempuh Perompak

Mahu Cipta Kelainan Dalam Pasaran, Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana Terciptanya Sos Cheesebomb