Sejarah tercipta dalam industri perfilem negara apabila Mat Kilau arahan Syamsul Yusof berjaya muncul sebagai filem dengan jumlah kutipan tertinggi negara sebanyak RM53 juta. Menariknya, rekod luar biasa ini berjaya dicapai dalam tempoh 13 hari sahaja.

Menerusi fenomena yang berjaya ditawarkan, filem ini berjaya mendapat sambutan hangat di mana Mat Kilau muncul sebagai filem yang mendominasi pawagam Malaysia sepanjang dua minggu berturut-turut. Bukan itu sahaja, filem popular Hollywood juga dilaporkan terpaksa ditangguhkan tayangan gara-gara memberi laluan kepada tayangan Mat Kilau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, filem dengan jumlah kutipan tertinggi sebelum ini dipegang oleh Munafik 2 iaitu RM48 juta secara kutipan global termasuk tayangan di negara luar.

Menariknya, kedua-dua filem ini diarahkan oleh Syamsul Yusof yang secara tidak langsung membuatkan dua filem dengan jumlah kutipan tertinggi negara diarahkan oleh individu yang sama.

Berdasarkan kejayaan Mat Kilau, pastinya ramai yang menantikan lebih banyak filem dengan genre sama diterbitkan oleh Studio Kembara. Tahniah diucapkan buat semua individu yang terlibat dalam menjayakan filem Mat Kilau. Berdasarkan kutipan semasa, tidak mustahil filem Mat Kilau mampu mencatat jumlah kutipan yang jauh lebih tinggi secara keseluruhan kelak.

Tular pada minggu lalu apabila Yayan Ruhian berkongsi kisah di mana beliau hampir tidak muncul dalam filem John Wick 3 dalam menghormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau.

Yayan Ruhian Hampir Tidak Muncul Dalam John Wick 3 Kerana Hormati Jadual ‘Shooting’ Mat Kilau

Haramkan Panggung Wayang Di Kelantan, Pemuda PAS Terpaksa Tonton Mat Kilau Di KL