Tular baru-baru ini apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan terdapat isu melibatkan penipuan dalam permohonan mangsa banjir yang sekaligus membuatkan mangsa banjir di daerah lain lambat meraih bantuan.

Beliau turut memaklumkan di mana daerah Petaling dan Klang antara yang tertinggi menipu melibatkan bantuan banjir yang disalurkan oleh pihak kerajaan. Perkongsian Menteri Besar Selangor ini turut mendapat perhatian seorang pengguna Twitter iaitu @acaiijaweΒ yang mengulas dengan lebih lanjut isu yang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian difahamkan mangsa banjir di Selangor telah menerima bantuan kerajaan beserta bantuan daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM4,500 bagi sebuah rumah yang terkesan.

Sumbangan yang diberikan ini bertujuan bagi meringankan beban mereka terkesan dengan bencana banjir yang berlangsung beberapa bulan lalu dalam membeli semula barangan keperluan keluarga dan rumah.

Dalam pada itu, kemudahan pihak kerajaan dalam meluluskan bantuan ini walau bagaimanapun telah disalah guna oleh segelintir mangsa banjir yang memilih untuk membuat beberapa permohonan bagi sebuah rumah yang terdiri daripada permohonan si suami, isteri dan juga anak.

Bukan itu sahaja, terdapat juga individu yang memohon bantuan berkenaan meskipun sekadar air banjir berada di jalan hadapan rumah sahaja. Hal ini secara tidak langsung bukan sahaja menunjukkan ketamakan pemohon berkenaan malah turut merencatkan pelan kerajaan dalam menyalurkan bantuan banjir buat mereka yang terkesan di beberapa daerah lain di Selangor.

Isu yang dikongsikan nampaknya turut mendapat perhatian netizen yang kecewa dengan tindakan segelintir mangsa banjir. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu yang berlaku.

https://twitter.com/mhakmal94/status/1490873032742559747

Menerusi isu yang berlaku, diharapkan mangsa banjir yang terkesan bertanggungjawab dalam memohon bantuan bagi mengelakkan bantuan yang berlebihan diterima dalam sesebuah rumah bagi mengelakkan mangsa banjir yang lain terkesan dengan ketamakan yang dilakukan.

Tular pada minggu ini apabila presiden PRESMA melaporkan restoran mamak mungkin tidak lagi beroperasi 24 jam sehari berikutan masalah yang dilalui sepanjang pandemik COVID-19.

Restoran Mamak 24 Jam Mungkin Tinggal Kenangan, Lebih 2,000 Premis Dilaporkan Tutup

Dakwa Peruntuk Ruang VIP Pada Saf Hadapan, Masjid Di Ampang Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Sumber