Sudah menjadi kebiasaan buat negara Muslim menawarkan bantuan bagi golongan Muslim yang lain. Situasi yang sama dapat dilihat melalui bantuan negara Islam kepada etnik Muslim Rohingnya.

Jika sebelum ini, Rohingnya sering dikaitkan dengan isu tempat tinggal mahupun makanan untuk meneruskan kehidupan, lain pula jadinya di Cox’s Bazar, Bangladesh apabila etnik Muslim Rohingnya didapati menjual semula makanan yang disumbangkan secara terbuka di pasaran gelap berhampiran kem pelarian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
36759
Sumber: daily sabah

Perkara ini turut disahkan oleh pegawai kanan Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian (RRRC). Menerusi siasatan yang dijalankan, antara makanan yang dijual semula terdiri daripada biskut dan bijiran yang diterima daripada organisasi seperti Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dan Program Makanan Dunia (WFP).

Lebih mengejutkan, difahamkan aktiviti haram yang dijalankan etnik Muslim Rohingnya ini dilakukan di hadapan pihak berkuasa. Setakat ini aktiviti haram ini dilaporkan sudah lama dijalankan dan pihak penguat kuasa sedang mencari jalan untuk menhentikan aktiviti etnik Muslim Rohingnya ini.

Tular sebelum ini apabila Dhaka tidak mahu menerima 269 pelarian Rohingnya yang mendarat di Langkawi.

‘Rohingya Bukan Rakyat Bangladesh’-Dhaka Tidak Mahu Terima 269 Pelarian Rohingya Yang Mendarat Di Langkawi

Dakwa Sumbang Kepada Ekonomi Negara, Isu Pelarian Rohingnya Kembali Dipertikai Netizen

Sumber