Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pelumba SIC Racing, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai ‘Damok’ telah berjaya meraih tempat kedua dalam acara kejuaraan FIM World Junior GP yang berlangsung di Autodromo Internacional do Algarve di Portugal.

“Saya sangat gembira dengan perlumbaan saya hari ini dan saya harap saya dapat mengekalkan momentum ini sehingga pusingan terakhir FIM JuniorGP 2022.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Monlau Motul, SIC Racing, semua penaja saya, keluarga saya, dan isteri saya untuk sokongan yang tidak berkesudahan. Trofi ini untuk semua orang di Malaysia!” petik kenyataan rasmi Damok.

Berita gembira itu ternyata membuat warganet tumpang berbangga dengan kejayaan dicapai oleh Damok dan pasukannya yang bertungkus-lumus memberikan saingan sengit untuk memenangi kejuaraan ini.

Tambah netizen lagi, inilah salah satu individu yang benar-benar layak digelarkan ‘Ikon Permotoran Tanah Air’, selepas Hafizh Shahrin yang telah bersara dari kejuaraan MotoGP pada tahun lalu.

Sumber Gambar: Facebook ZK Racing
Sumber Gambar: Facebook ZK Racing

Warganet turut berharap agar lebih banyak pihak-pihak bertanggungjawab dapat ‘membuka mata’ dan memberikan tumpuan dan tajaan yang selayaknya kepada pasukan ini dalam melakar nama Malaysia di persada dunia permotoran antarabangsa.

Bagi pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin menyatakan beliau sangat gembira dengan prestasi Damok hujung minggu lalu kerana mendapat podium ke-3 musim ini dan meletakkan dirinya di tempat ke-2 dalam kedudukan kejuaraan.

Zulfahmi turut berharap semasa cuti musim panas nanti, Damok boleh melihat secara terperinci apa yang boleh beliau perbaiki untuk membuat langkah seterusnya.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi artikel sukan permotoran yang meraih perhatian pembaca melalui pautan-pautan di bawah.

Alami Cuaca Buruk, Indonesia Guna Khidmat Bomoh Untuk ‘Tolak Hujan’ Pada Acara MotoGP

Tular Insiden ‘Gatal Tangan’ Usik Motosikal, Ini Respon Ducati Kepada Netizen Indonesia

Setelah Petronas Dan SIC Tarik Diri, SRT Kini Dikenali Sebagai ‘RNF MotoGP Racing’