Menjalani kehidupan sebagai seorang bujang atau berstatus ‘single’ kini bukan lagi sesuatu untuk disedihkan. Tetapi ianya adalah untuk diraikan. Ya betul. Untuk diraikan.

Jadi, jangan risau jika anda tidak mempunyai teman lelaki atau teman wanita kerana Singles Day yang bakal tiba 11.11 ini sememangnya diadakan khusus untuk diraikan anda semua di luar sana yang masih belum mempunyai pasangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Masih tercari-cari cara terbaik untuk meraikan Singles Day yang bakal tiba tidak lama lagi? Hilangkan kerisauan anda kerana BaWangChaJi akan melancarkan kempen Rethink ‘Single’ Campaign mereka pada 11 November ini.

70923872_1124619514394165_359093870497103872_o

“Tinggal enam hari sahaja lagi sebelum Singles Day 2020. Kehidupan bujang selalu menggembirakan dan membebaskan tetapi kita juga perlu untuk mencintai diri sendiri dan menjadikan diri anda sebagai keutamaan sekali-sekala.

“Untuk mengubah stigma hidup bersendirian sebagai kesepian dan tidak bahagia, BaWangChaJi akan mengadaka Rethink ‘Single’ Campaign ‘ yang mendorong anda untuk mencintai diri sendiri ketika merayakan Singles Day,” jelas mereka.

Buat anda yang masih belum tahu, BaWangChaJi adalah merupakan salah satu kedai minuman bubble tea yang terkenal di Taiwan dan juga di Malaysia.

Sehingga kini mereka sudah pun mempunyai 10 cawangan di Malaysia termasuk di SS2, Petaling Jaya sehinggalah di Mount Austin dan Toppen Shopping Center di Johor Bahru.

Pelbagai baucer dan hadiah untuk dimenangi

Untuk kempen Rethink Singles Day yang akan berlangsung nanti, BaWangChaJi menawarkan pelbagai hadiah bernilai sehingga RM2,000 buat anda yang meraikan Singles Day bersama mereka 11 November ini.

Promosi hebat ini akan diadakan melalui jualan 11.11 Tear Cup Surprise signature mereka dan Self-Love 101 Giveaway yang akan menawarkan pelbagai hadiah menarik serta baucer promosi.

“Double 11 (11.11) sememangnya diketahui ramai sebagai hari membeli-belah untuk kebanyakan jenama lain, tetapi BaWangChaJi kali ini akan membawakan lebih banyak kejutan melalui minuman signature 11.11 Tear Cup Surprise dan Self Love 101 Giveaway hasil kolaborasi bersama 11 jenama lifestyle popular di Malaysia.

“Hadiah-hadiah ini termasuklah produk, merchandise dan baucer promosi daripada The Fish Bowl MY, Signature Market, J&T Express, Hermo, Celmonze, Happy Bunch, Alph Studio, AISPORTZ, Hungry, Rev Fitness dan Nomu Nutrition,” jelas mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Jadi kepada anda yang berminat untuk mencuba 1.11 Tear Cup Surprise dan Self Love 101 Giveaway yang bakal diadakan anda boleh mengetahui lanjut mengenainya disini dan mendaftarkan diri anda di pautan ini.

Atau pun jika anda sudah tidak sabar untuk merasai pelbagai minuman menarik yang ditawarkan BaWangChaJi ini, anda juga boleh terus ke cawangan mereka seperti yang disenaraikan di bawah ini.

  • Sri Petaling 11am – 10pm
  • Bukit Jalil City 12pm – 10pm
  • Kepong Menjalara 11am – 10pm
  • Damansara Uptown 12pm – 10pm
  • Sunway Velocity, KL 10am – 10pm
  • Kimberly Street, Penang 11am – 11pm
  • Mount Austin, JB 11am – 12am
  •  Toppen Shopping Center, JB 10am – 10pm
  •  Kota Syahbandar, Melaka 11am – 12am
  •  SS2, Petaling Jaya 11am – 10pm

Baca juga perkongsian daripada kami tentang senarai kafe-kafe menarik yang sesuai untuk dijadikan port lepak anda selepas ini melalui pautan di bawah.

Ingatkan Rumah, Kafe Berkonsepkan Klasik Dan ‘Rusty’ Di Kuala Lumpur Ini Bakal Jadi Port Lepak Anda

Bawa Konsep Kedai Buku Jepun, Kafe ‘Rahsia’ Di Klang Ini Bakal Jadi Tempat Lepak Anda

‘View’ Cantik Dan Suasana Romantik, Kafe Di Bukit Ampang Ini Bakal Jadi Tumpuan Ramai