Tak ada masa nak ‘mengeteh’? Cameron Highlands sentiasa ada masa untuk anda! Tempat cool yang terkenal dengan kehijau ladang teh ini memang tak pernah menghampakan. Memilih Cameron Highlands sebagai destinasi percutian keluarga merupakan idea yang sungguh bernas. Banyak aktiviti santai yang boleh dilakukan di sini. Contohnya, melawat ladang teh BOH, petik strawberi fresh dari ladang atau menari di taman rama-rama.

Kalau anda juga terfikir aktiviti yang sama di Cameron Highlands, jangan berhenti baca lagi sebab kami ada lagi perkara yang lebih ‘sejuk’ anda boleh cuba bila datang ke Cameron Highlands. Buat anda yang sudah bosan dengan rutin hotel check in, tidur dan check out setiap kali bercuti, kami syorkan anda cuba pula penginapan yang ditawarkan oleh Rain Forest Inn yang ada di Cameron Highland ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
1
Sumber: booking.com
2
Sumber: booking.com
3
Sumber: booking.com
4
Sumber: booking.com

Uniknya penginapan ini berbanding yang lain, ini adalah satu-satunya hotel yang menawarkan penginapan berkonsepkan rumah tradisonal Orang Asli. Idea membagunkan tempat unik dari bekas askar ini pastinya tidak akan menghampakan anda.

Rain Forest Inn bakal memberikan anda pengalaman seolah hidup di dalam perkampungan Orang Asli. Suasana damai yang segar terletak dalam hutan berhampiran Lembah Bertam ini turut memiliki air terjun semula jadi serta sungai untuk anda berendam puas-puas. Bukan itu sahaja, malah anda turut ditawarkan untuk merasai pengalaman adventure bersama masyarakat Asli di sini seperti mendaki bukit, bermain sukan air dan aktiviti outdoor yang lain.

5
Sumber: booking.com
6
Sumber: booking.com
7
Sumber: booking.com
8
Sumber: booking.com
9
Sumber: booking.com
10
Sumber: booking.com

Seperti penginapan yang lain, Rain Forest Inn turut dilengkapi dengan kemudahan seperti kafe, tempat letak kereta, perkhidmatan sewa kereta dan pelbagai pilihan bilik bermula dari bilik tidur biasa hinggalah ke bilik tidur keluarga. Inilah peluang untuk anda rasa tidur di dalam bilik yang diperbuat daripada buluh. Tak perlu ke luar negara, di Malaysia pun ada tempat hebat sebegini.