Mencuci Kaabah sebelum menjelangnya Ramadhan telah menjadi satu tradisi tahunan di kota suci Mekah.

Istiadat membasuh Kaabah dilakukan sebagai mencontohi dan memperingati cara Rasulullah saw yang membasuh Kaabah selepas berjaya menawan kembali Kota Mekah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Upacara mencuci Kaabah ini dihadiri oleh Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman, kerabat-kerabat diraja, imam, bilal masjid, para mufti serta pembesar.

king-salman-cuci-kaabah-5

Sebelum upacara mencuci Kaabah di jalankan, solat sunat 2 rakaat dilakukan di dalam Kaabah.

king-salman-cuci-kaabah-6

king-salman-cuci-kaabah-9

king-salman-cuci-kaabah-7

Selesai solat sunat 2 rakaat, Raja Sulaiman menyapu bahagian dalam dinding Kaabah dengan kain putih yang telah dicelup dengan campuran wangian bunga mawar dan gaharu.

Air zamzam yang dicampur dengan wangian mawar kemudian dipercik ke atas lantai Kaabah dan disapu dengan tangan dan daun kurma. Selepas pembersihan, lantai dan dinding Kaabah dikeringkan sekali lagi dengan kain dan tisu putih.

king-salman-cuci-kaabah-13

Selesai upacara ini, Raja Salman kemudiannya melawat sekitar Kaabah.

king-salman-1

Turut mengiringi Raja Salman adalah Putera Mahkota Muhammad Naif.

king-salman-cuci-kaabah-11

king-salman-cuci-kaabah-10

Beliau turut diberikan penerangan tentang status terkini projek pembesaran dan pembangunan di sekitar kota suci Mekah.

king-salman-cuci-kaabah-8

king-salman-cuci-kaabah-14

Berikut pula adalah video rakaman sebahagian dari upacara pencucian Kaabah ini.

Sumber: Saudi Gazette

BACA: Ahli Perniagaan Malaysia Beri Dana Kepada Muzium British Untuk Bersihkan Imej Islam Daripada Militan

BACA juga: Kisah Seorang Mualaf Yang Melepaskan Gaji Lima Angka Demi Kerja Dakwah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram