Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadikan beliau terkenal selepas beberapa siri ritual yang dilakukan olehnya. Dari teropong kelapa sehinggalah ritual tolak banjir, Raja Bomoh sering mendapat perhatian rakyat Malaysia dengan aksi lucu dan di luar kotak.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Tidak pasti adakah ritual itu hanya lakonan semata-mata atau berniat untuk menghiburkan rakyat Malaysia, namun ia sedikit sebanyak memberi gelak ketawa buat rakyat Malaysia yang kebanyakannya berang dengan cara pihak yang bertanggungjawab menguruskan banjir.

Raja Bomoh yang dibebaskan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi memberi keterangan berhubung ritual tolak banjir yang dilakukan di Dataran JPS, Teluk Intan pada 4 Januari lalu baru-baru ini menyatakan kepada Kosmo! bahawa beliau gembira dengan sokongan yang diraih dan juga caci maki yang diterima oleh beliau selepas aksi tolak banjir itu tular.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Bercakap pada sidang media, Raja Bomoh mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyokongnya yang mendoakan kesejahteraan beliau, termasuk juga mereka yang mencacinya sehingga video yang dimuat naik mendapat sambutan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Perak yang memberi peluang dan layanan yang baik sepanjang beliau disoal siasat.

Pada tahun lalu, Raja Bomoh pernah tampil mendakwa bahawa beliau telah memagar seluruh dunia, khususnya Malaysia, daripada wabak COVID-19 selepas diminta berbuat demikian oleh rakan bomohnya yang lain dari seluruh dunia.

Selain itu, di saat kehilangan kapal terbang MH730 pada 2014, Raja Bomoh telah mendapat perhatian apabila melakukan ritual di KLIA Sepang untuk membantu mengesan kapal terbang itu dengan menggunakan buah kelapa dan buluh yang dijadikan “teropong”.

Dan pada 2017, Raja Bomoh sekali lagi tampil ketika isu pembunuhan abang pemimpin Korea Utara iaitu Kim Jong Nam sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Dia tampil membuat ritual di beberapa lokasi menggunakan buah kelapa, buluh, dan lima meriam buluh, untuk melindungi negara daripada dakwaan serangan nuklear oleh Korea Utara.

Bukan lagi banjir kilat, ini ulasan pakar meteorologi mengenai bencana yang menimpa Lembah Klang. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang

Banjir Di Malaysia Dapat Perhatian Media Antarabangsa, Dianggap Sebagai Bencana Alam ‘Terburuk’

Dahulunya Diketawakan, Cara Berkesan Keluarga Ini Selamatkan Kereta Daripada Banjir Kembali Tular