Selepas hampir dua hari menutup akaun Twitter, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali menghidupkan akaun Twitter rasminya pagi tadi.

Melalui laman Twitter miliknya, Tunku Azizah menjelaskan situasi sebenar dimana akaun tersebut dinyahaktifkan kerana alasan peribadi sekaligus menafikan andaian daripada ramai pihak yang mengatakan kerana komen negatif yang diterima daripada netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot_20190914-130203

Baginda turut menzahirkan rasa kecewa berhubung tindakan polis menahan beberapa individu yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di media sosial.

Menurut Tunku Azizah, walaupun sebelum ini baginda dan suami seringkali menerima kecaman namun tidak pernah membuat laporan polis. Baginda mengetahui isu penahanan individu tersebut daripada puterinya, Tengku Puteri Afzan Aminah Sultan Abdullah.

Screenshot_20190914-130322

Selain itu, Tunku Azizah berharap orang ramai bertenang dan sempat berseloroh dengan mengatakan ‘bertenang semua’ seperti yang selalu dipesan oleh puterinya setiap kali baginda bersedih.

Screenshot_20190914-130244

Mendengar berita kembalinya Raja Permaisuri Agong di Twitter, rata-rata netizen berasa teruja dan gembira. Namun, akaun tersebut kembali ditutup selepas beberapa jam.

Screenshot_20190914-132813

Ini mungkin keputusan baginda untuk menutup akaun Twitter dan sebagai Rakyat, kita haruslah menghormati keputusan yang diambil oleh baginda. Klik pautan di bawah untuk artikel berkaitan penutupan akaun Twitter milik Raja Permaisuri Agong.

Kerana Netizen Biadap, Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter?

#AmpunTuanku ‘Trending’ Di Twitter Tanda Sokongan Pada Permaisuri Agong