Baru- baru ini Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyerahkan sumbangan peribadi baginda kepada mangsa Taufan Hagibis yang melanda Jepun pada 12 Oktober yang lalu.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Tunku Azizah ketika majlis minum petang bersama Ahli-ahli Pandu Puteri Asia Pasifik dan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) di Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1186926477243117569

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1186916637154234368

Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong berada di Jepun bagi memenuhi jemputan kerajaan negara itu sempena Upacara Pertabalan Maharaja Ke-126 mereka iaitu Maharaja Naruhito yang diadakan di Istana Imperial pada selasa lalu.

Taufan Hagibis yang melanda negara matahari terbit itu telah mengorbankan lebih 70 nyawa menyebabkan kerajaan Jepun menunda tarikh perarakan pertabalan dari 10 Oktober ke 11 November depan.

Kenali kerabat diraja Malaysia yang mungkin anda tidak ketahui. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kenali Kerabat Diraja Malaysia Yang Mungkin Tidak Diketahui Ramai

Anggota Polis Jadi ‘Bidan’ Bantu Wanita Lahirkan Anak Di Dalam Teksi

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter

Sumber