Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Ikon Kraf 2019 oleh Majlis Kraf Dunia (WCC), atas sumbangan baginda dalam mengekalkan warisan kraf tradisional.

Selain Tunku Azizah, Institut Kraf Negara (IKN) dan Kraf Komuniti Ku (KKK) dipilih sebagai Institut/Akademi Kraf Terbaik dan Kampung Kraf Terbaik dalam senarai pemenang anugerah yang dimuatkan dalam laman sesawang Kampung Kraf India.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anugerah itu akan disampaikan pada majlis Anugerah Kraf Antarabangsa (ICA) ketiga di GMR Aerocity, New Delhi pada 7 Disember, semasa Minggu Kraf India dari 4 hingga 8 Disember, menurut laman sesawang WCC tersebut.

Anugerah tersebut merupakan penghormatan yang amat bertepatan bagi Tunku Azizah yang begitu aktif dalam mempromosi kraf tradisional sejak 2006 lagi. Baginda sinonim dengan tenun Pahang, sehingga memilih fabrik eksklusif yang menjadi identiti negeri Tok Gajah itu sebagai persalinan diraja pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 30 Julai lalu.

Sumber: SelangorKini

Sementara itu, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), Ibrahim Ismail, berkata penganugerahan kepada Tunku Azizah oleh WCC menunjukkan industri kraf negara mempunyai status yang tinggi pada mata dunia.

Pengiktirafan ke atas baginda itu dapat dijadikan dorongan dan pembakar semangat untuk industri kraf negara untuk terus berkembang.

Menurut beliau, kita perlu berbangga kerana ‘First Lady’ negara dinobatkan sebagai ikon kraf yang juga anugerah berprestij dari luar negara. Ini satu petanda yang baik apabila industri kraf negara dipayungi pihak tertinggi dalam negara yang sangat menghargai dan mencintai seni kraf.

Kejayaan ini juga jelas menunjukkan industri kraf di negara berdaya maju yang bukan hanya dilihat sebagai satu industri yang bersifat peribadi atau produk desa tetapi bersifat komoditi dan komersial.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong menyerah sumbangan peribadi buat mangsa Taufan Hagibis. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut

Raja Permaisuri Agong Perkenan Serah Sumbangan Peribadi Buat Mangsa Taufan Hagibis

Lukisan ‘Pelukis Jalanan’ Berjaya Curi Perhatian Tuanku Dan Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter