Siapa yang tidak kenal dengan Raja Mswati III? Sebelum ini Raja Mswati III yang merupakan pemerintah mutlak Swaziland ini pernah mencetuskan kontroversi dengan membeli jet peribadi mewah bernilai £200 juta (RM1.1 bilion).

Terbaharu, Raja Mswati III telah membelanjakan sebanyak £13 juta (RM69.4 juta) membeli ratusan kereta mewah untuk 14 isterinya dan juga ahli keluarga. Difahamkan, Raja Mswati III telah mengimport 19 kereta Rolls-Royces dan 120 BMW.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
king-mswati-557×418
Sumber: rfi

Hal itu diketahui apabila terdapat saksi yang melihat kereta model BMWX3 dan 5-Series yang berbalut plastik di atas treler yang dihantar dari Afrika Selatan. Tindakan Raja Mswati III itu telah mencetuskan kemarahan rakyat negara tersebut kerana majoriti rakyatnya berpendapatan rendah dan dikatakan tidak menghormati rakyatnya.

Untuk pengetahuan anda, Raja Mswati III ini memang terkenal kerana sering berbelanja mewah. Apakah pendapat anda mengenai isu ini?

Di bawah ini kami senaraikan beberapa artikel yang sedang hits di The Vocket yang mungkin anda berminat untuk baca. 

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju

Pa’din Musa Pilih Tikar Mengkuang Untuk Koleksi Edisi Khas Sempena ‘Vans Checkered Day’

4 Cara Efektif Kesan Kamera Tersembunyi Di Tempat Penginapan Anda

Sumber