Bukan mudah buat para guru dan pelajar untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran ‘norma baharu’ setelah wabak COVID-19 melanda negara sejak awal tahun lalu.

Namun ada seorang guru telah berkongsi ciapan di mana beliau telah menghadiahkan kereta kereta Hot Wheels kepada pelajarnya yang rajin hadir kelas PdPR dan menghantar projek yang ditugaskan kepadanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ciapan tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang kagum dengan guru ini yang cukup ‘cool’ meluangkan masa untuk memberikan hadiah kereta Hot Wheels kepada pelajarnya.

Pada masa yang sama, netizen turut memuji pelajar tingkatan 3 itu kerana menghantar mesej WhatsApp kepada gurunya dengan penuh sopan dan beradap, tanpa menggunakan ‘bahasa WeChat‘ seperti kebanyakkan pelajar lain yang seusianya.

Tidak kurang juga ada netizen yang menyukai gaya rambut pelajar itu dan berharap dia akan mengekalkan imej gaya rambut tersebut sehingga dewasa nanti.

Tahniah diucapkan kepada guru ini kerana menghargai segala usaha anak muridnya dan juga pelajar itu yang berjaya menyertai kelas serta menghantar tugasan projek yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh.

Seorang pemilik Honda Civic Type-R melompat kegembiraan setelah menerima model Hotwheels sama seperti keretanya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Video Tular Ini Buat Netizen Kongsi Kenangan Manis Bersama Hot Wheels

Bermula Dengan ‘Custom’ Hot Wheels, Remaja Ini Kini Buat Kereta Untuk Wak Doyok

Sumber