Sejurus video yang tular di media sosial semalam, restoran Raj’s Banana Leaf Bangsar di arah tutup serta merta oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.

Seramai 10 pegawai dari jabatan kesihatan tiba pada jam 9.20 pagi tadi untuk memeriksa premis berkenaan. Premis berkenaan tidak beroperasi hari ini dan hanya pekerjanya yang hadir untuk membuka restoran untuk tujuan pemeriksaan.

Video yang menyaksikan pekerja di restoran itu yang mencuci pinggan dalam lopak air membuatkan netizen tidak senang dengan cara premis berkenaan mencuci pinggan kotor. Pihak Raj’s Banana Leaf sudah membuat permohonan maaf rasmi namun ianya tidak menjamin pembukaan premis ini.

Jika video ini tidak viral, semestinya kaedah membasuh pinggan di lopak berkenaan masih diteruskan. Pelik jika pekerja yang membasuh pinggan ini pekerja baharu, kenapa pekerja lama di restoran berkenaan tidak menegur?

Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran kepada semua pengusaha makanan yang lain supaya lebih mementingkan aspek kebersihan dalam menyediakan makanan. Kita bayar untuk makanan yang sedap dan bersih.