Menonton live aktiviti paranormal sememangnya mengujakan bagi setengah anda yang hati kental dan tidak takut pada penampakkan entiti misteri atau hantu.

Dalam pada itu, tular semula video live TikTok di media sosial memaparkan penampakkan susuk misteri hantu pocong yang secara kebetulan terakam dalam live salah seorang pengguna Tiktok bernama @badlisyah.bs.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Entiti tersebut sempat dirakam pada Januari yang lalu di kediaman pengguna TikTok tersebut yang tinggal bersama rakan-rakannya. Difahamkan, pada awalnya, @badlisyah.bs hanya bersahaja merakamkan live TikTok pada sekitar jam 12.36 pagi selepas habis berkongsi kisah hantu bersama rakan-rakan serumahnya.

Siapa sangka, selepas berkongsi kisah hantu, situasi yang benar-benar misteri mula menghantui apabila peti sejuk di rumah mereka terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Situasi tersebut sempat dirakam menerusi live TikTok milik @badlisyah.bs. Tonton kompilasi video live seram milik TikTok @badlisyah.bs dan anda disarankan untuk guna fon telinga.

Selepas kejadian pintu peti sejuk terbuka, bahagian dapur di kediaman pengguna TikTok tersebut terus dihantui dengan situasi aneh dan misteri. Berdasarkan video tersebut, @badlisyah.b.s sering terdengar suara misteri memberi salam, berketawa dan memanggil namanya sedangkan tiada seorang pun rakan-rakannya yang melakukan perkara sedemikian.

Selain peti sejuk, televisyen di kediaman mereka juga pernah terbuka dengan sendiri. Bertambah seram, sekitar jam 2.00 pagi, pengguna TikTok tersebut juga terdengar bunyi ketukan pada pintu dan tingkap serta hentakan tapak kaki di tangga di kediaman mereka.

Gara-gara tidak berpuas hati kerana sering diganggu oleh entiti misteri tersebut, pengguna TikTok tersebut dengan berani mengajak rakan-rakan serumahnya meninjau dapur dan merakam live pada sekitar 1.21 pagi ke 2.00 pagi untuk menunggu kemunculan hantu pocong yang ‘menumpang’ di rumah mereka. Ini merupakan sedutan video yang paling menyeramkan.

https://www.tiktok.com/@badlisyah.bs/video/6922850318178929921?_d=secCgYIASAHKAESMgow04kfU1NA4Hj94fOBgEemisKZq1YTPPwtFzWU3PR0xdemkOm6%2FwrUlZX59IDmx8j4GgA%3D&checksum=e3c78fff3630027d59e2089989132e52c7b814628319d7496837d608d35cf9ef&language=ms&mid=6922850300353121026&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA5z35KprDi9MzP9PPBOT2b30jVJNP8m3zTo8nBVUoqjQ1VnGeznurMIJ5GASd4fIx&share_app_id=1180&share_item_id=6922850318178929921&share_link_id=850F7D01-FAFA-4B64-9026-F54565151BE9&source=h5_t&timestamp=1625712892&tt_from=copy&u_code=ddja2mk5b2i6eh&user_id=6855885867358110722&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1

Susuk tubuh hantu pocong kelihatan benar-benar muncul dalam live tersebut. Namun susulan video ini tular semula di media sosial, rata-rata netizen mempersoalkan kesahihan video ini.

Jikalau betul ia pocong, mengapa pengguna TikTok tersebut tidak memanggil individu yang mahir ‘membersihkan’ kawasan rumah untuk hentikan gangguan pocong tersebut. Dakwa netizen ini, kalau tiada pocong yang menumpang di rumah mereka maka tiada konten untuk dipersembahkan kepada para penonton live TikTok @badlisyah.bs.

https://twitter.com/meeayusri/status/1412967376014876677?s=20

https://twitter.com/Farmedfresh/status/1412986832967507968?s=20

Terpulang kepada anda untuk membuat andaian sama ada kehadiran pocong dalam video ini asli atau palsu. Adakah anda pernah berdepan dengan situasi ini sebelum ini?

Sekitar Mei lalu, tular video penampakkan entiti misteri bertenggek atas lori sampah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Entiti Misteri Dirakam Bertenggek Atas Lori Sampah Jadi Bualan Netizen

Lembaga Putih Muncul Dan Lampu Padam, Proses Tangkap ‘Saka Pocong’ Buat Netizen Seram

Netizen Berbalah Tentang Kesahihan Rakaman Video Penampakan ‘Hantu’ Dari Indonesia Ini