Sewaktu pentadbiran Obama, mesti korang pernah tengok gambar-gambar sisi menarik Obama yang biasanya jarang dapat dilihat oleh rakyat marhaen.
Contohnya seperti gambar dibawah ini.

Bagi yang meminati dunia fotografi terutamanya genre ‘photojournalism’, pasti akan ikut perkembangan gambar-gambar daripada jurugambar rasmi White House sebelum ini iaitu Pete Souza.

Pete Souza merupakan ‘Chief Official White House Photographer’ sewaktu pentadbiran Presiden Barrack Obama selama 8 tahun.

Ditugaskan sebagai jurugambar peribadi presiden, jadual harian Obama merupakan jadual kerja beliau.

Apa yang paling best, gambar yang dirakam Pete Souza bukan sekadar gambar rasmi biasa.

Selain merekod detik-detik penting seorang ketua negara, Pete Souza juga mempamer rutin kehidupan Obama seorang manusia biasa – iaitu gambar ‘On the Scene’, ‘Behind the Scene’ dan juga ‘Between the Scene’.

Two super competitors: POTUS and @stephencurry30 See the video: www.mentor.gov

A photo posted by Pete Souza (archived) (@petesouza44) on

With Malia. 2010.

A photo posted by Pete Souza (archived) (@petesouza44) on

Jawatan penting merekod sejarah ini mula wujud sewaktu pentadbiran Presiden John F. Kennedy, yang mana ia pertama disandang oleh Cecil W. Stoughton.

Sewaktu Presiden J.F. Kennedy dibunuh, Stoughton satu-satunya photographer diatas Air Force One dan merakam gambar sejarah Lyndon B. Johnson mengangkat sumpah menjadi presiden US yang baru.

Satu-satunya gambar Lyndon B. Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden US, 2 jam 8 minit selepas JFK dibunuh. – Gambar oleh Cecil W. Stoughton

“Creating a good photographic archive for history is the most important part of my job, creating this archive that will live on,”

“This is not so much photojournalism as photo-history.” – Pete Souza

Sebagai photographer rasmi presiden, bererti akses dan kepercayaan yang besar. Pejabat Pete Souza sendiri ada didalam White House dan sangat dekat kepada ‘Oval Office’ (Pejabat Rasmi Presiden).

Oleh kerana menghabiskan banyak waktu bersama, kebanyakan jurugambar ini mempunyai hubungan akrab bersama presiden mereka.

Ini antara faktor banyak gambar bersejarah, unik, dan sangat ‘personal’ terhasil dari photographer-photographer rasmi ini.

Gambar: Presiden Lyndon B. Johnson ber’pajamas’ bermesyuarat didalam bilik tidurnya. – oleh Yoichi Okamoto (LBJ Library).

Kini, Presiden Trump mengambil alih kerusi Obama selaku Presiden US dan baru-baru ini beliau telah memilih jurugambar rasmi pejabatnya, iaitu Shealah Craighead.

Shealah pernah berkerja di White House dizaman pentadbiran George W. Bush dan sememangnya berpengalaman merakam gambar tokoh-tokoh politik.

Jadi Apa Pentingnya Untuk Malaysia?

Walaupun jawatan ‘Presidential Photographer’ ini sudah wujud kurang lebih 50 tahun, gambar-gambar ini mula mendapat perhatian rakyat marhaen dengan wujudnya social media seperti Instagram dan Facebook.

Secara peribadi, aku pun mula ikut gambar presiden dari Pete Souza. Gambar Pete bukan saja penting, tetapi aspek kreativiti penceritaan gambar juga power yang membuatkan aku tertarik.

March 2013. Arriving at Petra landing zone.

A photo posted by Pete Souza (archived) (@petesouza44) on

The President and First Lady hold hands in Selma on Saturday. View slide show at: go.wh.gov/Selma-photos

A photo posted by Pete Souza (archived) (@petesouza44) on

President Obama greets audience members during the 2016 White House Tribal Nations Conference.

A photo posted by Pete Souza (archived) (@petesouza44) on

Info : Pete Souza mempunyai ijazah dalam ‘Public Communication’ dan M.A. dalam ‘Journalism and Mass Comm.’.

Beberapa minggu lalu selepas berakhir pentadbiran Obama, akaun Pete Souza di Instagram sepanjang tempoh itu telah dikunci dan diarkibkan sebagai Arkib Negara. Keseluruhan gambar yang dirakam menjadi arkib dan tidak boleh dipadam.

Melihat cara barat, mungkin tidak boleh dinafikan betapa mereka maju dalam melihat aspek-aspek penting merekod sejarah seperti ini.

Pendokumentasian sejarah seperti ini lebih telus, dekat kepada rakyat dan mudah untuk dirujuk. Dan kerjaya jurugambar menjadi tersangat penting dalam menceritakan sejarah dengan jujur.

Di Malaysia, kita mempunyai jurugambar di Prime Minister Office (PMO). Namun sekadar pengetahuan cetek aku bertanya kepada beberapa orang berpengalaman dan carian google – jawatan khusus, akses dan pendokumentasian penting menyeluruh seperti ini seakan tidak wujud.

Sekiranya benar tidak ada, ia perlu diwujudkan!

Apa pun fahaman dan pandangan politik kita, kita perlu melihat ke hadapan dan mencontohi Barat dalam hal ini.

Pendokumentasian penting seperti ini bukan sahaja bererti kita merekod sejarah bersama dalam perkembangan teknologi, ia juga dapat membantu memberi imej dekat kepada rakyat.

Jadi, apa pendapat korang? Malaysia perlu ada photographer rasmi ke tidak?

Hanif Ishak
Jurugambar Marhaen