Satu rakaman audio telah dikongsikan di Twitter yang membuktikan Johnny Depp tidak bersalah atas tuduhan mendera Amber Heard. Dalam rakamn audio tersebut, dapat didengari Amber mengaku dirinya melakukan kekerasan terhadap Johnny Depp.

Rakaman yang tersebar tersebut diakui asli oleh peguam Depp, Adam Waldman di mana audio berkenaan dilaporkan dirakam pada tahun 2015. Menerusi rakaman itu, Depp dan Heard sedang berbicara tentang sebuah insiden yang berakhir dengan keganasan fizikal, di mana Heard akui memukul bekas suaminya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sayang. Muka kamu tidak ditumbuk. Saya tidak tahu bagaimana gerakan tangan saya waktu itu tetapi kamu elok sahaja. Saya tidak menyakitimu dan memukulmu,” antara dialog yang diungkapkan kepada Johnny oleh Amber.

https://twitter.com/winonasrider/status/1223371981296455680

Dalam perbualan tersebut, Johnny kekal sebagai seorang yang tenang dan melayan karenah Amber Heard yang sedang marah kepadanya. “Saya mengaku memulakan pergaduhan fizikal,” pengakuan Amber dalam rakaman tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Johnny Depp telah mengambil keputusan untuk memfailkan saman sebanyak $50 juta (~RM200 juta) terhadap Amber Heard setelah Amber tampil dengan kenyataan bahawa beliau menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama setahun, berkahwin pada tahun 2015 dan bercerai pada tahun 2016.

Walaupun begitu, peguam Amber Heard, Roberta Kaplan berkata rakaman audio berkenaan tidak boleh dijadikan asas langsung tiada kekerasan berlaku kepada Amber sepanjang Amber dan Depp bergelar suami isteri. “Fakta bahawa seorang wanita bergaduh atau membalas bukan bererti dia tidak pernah menjadi subjek kekerasan domestik berulang,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Peminat setia Johnny Depp rata-rata bersimpati dengan Depp kerana fitnah yang dilemparkan kepadanya menyebabkan beliau ‘digam’ oleh studio ternama di Hollywood. Perbicaraan kes saman ini masih berterusan dan kita nantikan bukti balas daripada Amber.

Fitnah terhadap Johnny Depp ini dikhabarkan menjadi sebab utama Depp digugurkan daripada franchise Pirates Of The Caribbean. Bukan hanya rakaman audio ini, Johnny turut mempunyai butik CCTV kekerasan Amber Heard terhadapnya. Baca tentangnya lagi di sini.

Johnny Depp Digugurkan Oleh Disney Untuk Filem Terbaru ‘Pirates Of The Caribbean’

Johnny Depp Mempunyai Rakaman CCTV Bukti Kekerasan Amber Heard

Amber Heard Mungkin Tidak Akan Membintangi Aquaman 2

Sumber