Satu rakaman video CCTV tular baru-baru ini menunjukkan sekumpulan geng motosikal Yamaha RX-Z sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak, lalu diserbu oleh dua unit peronda bermotosikal.

Pada masa yang sama, seorang anggota dari Skuad 42 turut kelihatan di dalam rakaman video CCTV tersebut apabila dia sedaya upaya cuba merampas kunci daripada penunggang-penunggang motosikal berhampirannya untuk mengelakkan mereka melarikan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ada yang kurang senang melihat tindakan polis menyerbu ketika geng motosikal terbabit berada di dalam stesen minyak kerana ia boleh mengundang kemalangan yang tidak diingini kepada semua pihak semasa berada di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, ada netizen mendakwa sudah pasti geng motosikal RX-Z tersebut ada buat apa-apa kesalahan sebelum mereka berhenti mengisi minyak. Jika tidak bagaimana unit peronda bermotosikal sanggup menyerbu masuk di kawasan stesen minyak tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Paradise Generation
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV
Sumber Gambar: Facebook Facebook Sukan Star TV
Sumber Gambar: Facebook Sukan Star TV

Di samping itu juga, ada sebahagian netizen turut berkongsi pengalaman sendiri apabila berhadapan dengan anggota Skuad 42 atau pihak polis berpakaian preman yang mereka masih ingat sehinggalah ke hari ini.

Anda boleh lihat lagi rakaman aksi-aksi pihak polis sedang menjalankan tugas yang pernah kami kongsikan melalui pautan di bawah.

Rakaman Pihak Berkuasa Guna ‘Lori Pasar’ Ketika Buat Serbuan Raih Perhatian Ramai

Dua Penjenayah Lolos Walaupun Tayar Kereta Ditembak Anggota Polis

Mengaku Sengaja Langgar Sekatan Jalan Raya, Tiga Pemuda Ditahan Polis

Sumber