Kematian Kim Jong-nam awal tahun ini bukan satu kes yang mudah untuk diselesaikan. Kim Jong Nam adalah abang tiri kepada president Korea Utara Kim Jong-un mati dibunuh di KLIA oleh dua orang wanita Februari lalu.

Free Malaysia Today berkongsi video saat-saat akhir Jong-Nam dibawa keluar oleh pasukan paramedik selepas diracun dengan racun agen VX. Video ini disiarkan oleh stesyen tv Fuji Japan buat pertama kali hujung minggu lalu menunjukkan bagaimana pasukan paramedik merawat Jong-nam yang diracun sebelum dibawa ke hospital.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan yang ditulis News Corp Australia, video ini tampak tenang berbanding cerita kematian Jong-nam yang dramatik di media seluruh dunia. Pasukan paramedik yang ditugaskan membawa Jong-nam ke ambulan dikatakan mengambil masa beberapa minit untuk menunggu lif sampai dan dilihat bersahaja dan tidak panik dalam menguruskan Jong-nam.

Pasukan paramedik dan doktor yang bertugas telah cuba yang terbaik untuk menyelamatkan Jong-nam namun beliau tetap mati kerana kesan racun berkenaan yang sudah melarat ke seluruh badan.

Dalam bahagian kedua video ini, dapat dilihat Jong-nam bertemu salah seorang pembunuhnya, Siti Aisyah yang berasal dari Indonesia. Rakaman CCTV ini membuktikan yang mereka saling mengenali satu sama yang lain. Video ini menyangkal keterangan yang dibuat Siti dan seorang lagi suspek, Doan Thi Huong yang mengatakan mereka tidak tahu menahu mereka dihantar ke lapangan terbang untuk membunuh Jong-nam.

Jong Nam

Pembunuhan Jong-nam ini dilihat sebagai konspirasi rahsia Korea Utara kerana Jong-nam dilihat sebagai seorang yang boleh memberi ancaman kepada Kim Jong-un. Siti Aisyah dan Doan Thi Huong mengaku tidak bersalah dalam perbicaraan minggu lalu atas tuduhan membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Peguam kepada Siti dan Doan turut berkata yang dua wanita ini telah ditipu oleh agen Korea Utara mengatakan perbuatan mereka ini hanyalah untuk prank sebuah rancangan dan tidak menyangka bahawa mereka dibekalkan dengan racun yang sebenar. Peguam mereka turut menambah kedua-dua wanita ini tidak mungkin dapat survive racun berkenaan dan mungkin Jong-nam terlebih dahulu diracun oleh orang lain kerana mereka tidak memakai sebarang perlindungan pun pada hari kejadian.

Sejurus pembunuhan Jong-nam, 4 suspek warga Korea Utara telah berjaya keluar dari Malaysia dan meninggalkan Siti dan Doan sebagai suspek utama kes ini. Kes ini masih dalam perbicaraan dan pihak pendakwa sedaya upaya akan membawa dalang di sebalik kematian Jong-nam ini ke muka pengadilan.