Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peningkatan jumlah kereta di Malaysia sekaligus telah menyebabkan ruangan parkir di tempat awam tidak mencukupi sehingga menyebabkan orang ramai meletakkan kereta di tempat-tempat yang tidak sesuai.

Baru-baru ini rakaman seorang mak cik melanggar sebuah kereta lain tular dan mencuri tumpuan pengguna TikTok apabila dia ‘terpaksa’ berbuat demikian kerana ada sebuah Perodua Axia menghalang kereta Honda HR-V dipandunya untuk keluar daripada parkir.

@miaayuslix

Entah lah tak tahu nak cakap apa 😮‍💨.. kesian kat makcik tu

♬ as usual – Official Sound Studio

Menurut pengguna TikTok lain, mereka menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku di Medan Selera Seksyen 2, Shah Alam. Salah satu lokasi yang cukup terkenal di kalangan orang ramai untuk mencari pelbagai jenis makanan dan minuman untuk mengisi perut.

Rata-rata ramai mengecam pemandu Perodua Axia tersebut yang tidak bertimbang rasa kerana double-park di kawasan orang ramai sehingga menyebabkan kesukaran kepada pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan itu.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman terpaksa menghubungi majlis perbandaran untuk mengangkut kenderaan lain yang menghalang jalan hampir 30 minit sehingga mengganggu urusan orang lain.

Sumber Gambar: TikTok @miaayuslix

Sumber Gambar: TikTok @miaayuslix

Sumber Gambar: TikTok @miaayuslix

Sumber Gambar: TikTok @miaayuslix

Sumber Gambar: TikTok @miaayuslix

Pada beberapa saat terakhir video berdurasi 25 saat ini, pemandu Perodua Axia tersebut dilihat menghampiri kereta untuk mengalihkannya, lalu kereta Honda HR-V tersebut keluar meninggalkan parkir di kawasan medan selera tersebut.

Semoga video ini dapat jadi pengajaran kita semua agar sentiasa peka dan bertimbang rasa apabila mahu meletakkan kenderaan di tempat awam. Lebih-lebih lagi apabila perlu double-park di hadapan atau belakang kereta orang lain.

Sebelum ini ada pemilik Honda Civic menjadi bualan orang ramai apabila ‘double-park’ dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemandu kereta lain. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Double-Park’ Kereta Pemandu Mengandung, Sikap Pemilik Honda Civic Ini Undang Kecaman Netizen

Gagal Buka Pintu Lamborghini, Cubaan Pemilik Ini ‘Menghina’ Kereta Honda Dikecam Netizen

Anda Mungkin Suka