Setiap kali pihak polis mahu melakukan operasi, mereka perlu berfikir di luar kotak bagi memastikan pasukan yang terlibat dapat menembusi masuk ke kawasan yang telah di kawal ketat.

Orang ramai ketika ini sedang sibuk berkongsi satu rakaman kamera litar tertutup di sebuah kawasan belakang lorong jalan. Di awal video tersebut, ada sebuah MPV dipercayai model Toyota Vellfire sedang menghampiri satu laluan masuk ke dalam bangunan. Namun ada seorang ‘penjaga’ di laluan tersebut dilihat tidak membuka palang tersebut.

Beberapa saat kemudian, ada sebuah ‘lori pasar’ menghampiri di belakang Toyota Vellfire tersebut. Lelaki ‘penjaga’ itu dilihat menuju ke arah lori untuk melihatnya, namun sejurus lori itu berhenti di belakang MPV, salah seorang lelaki turun daripada lori tersebut lalu segera menahan lelaki ‘penjaga’ terbabit ke arah dinding.

Babak seterusnya tidak disangka-sangka oleh orang ramai apabila hampir 20 anggota polis yang lain turun keluar daripada lori berlari menuju masuk ke dalam kawasan bangunan, umpama babak Genji bertembung dengan Seriwaza dalam filem Crows Zero.

Setakat artikel ini ditulis tiada apa-apa kenyataan rasmi dibuat oleh pihak PDRM mengenai rakaman kamera litar tertutup yang sedang tular ketika ini. Namun memang luar biasa taktik yang digunakan oleh pihak polis bagi membolosi kawasan terbabit.

Lihat bagaimana polis menyamar sebagai penghantar makanan untuk menyerbu sebuah pusat kasino mini di ibu negara melalui pautan di bawah.

Menyamar Sebagai Penghantar Makanan, Pusat Kasino Mini Di Kuala Lumpur Berjaya Diserbu Polis

‘Joe Ferrari’ Serah Diri Setelah Video Seksa Suspek Dadah Sampai Mati Tular