Rakaman semula untuk sebahagian babak Avengers 4 sedang giat dijalankan ketika ini. Namun nampaknya, Marvel Studios dikhabarkan sedang menambah lebih banyak aksi melibatkan Black Panther dan Wakanda.

Ianya dilaporkan oleh laman Twitter Atlanta Filming di mana pengambilan pelakon tambahan dan pemilihan lokasi untuk reshoot ini memberi hint lebih banyak aksi di Wakanda akan berlangsung di Avengers 4 nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

atlanta

Disebabkan filem Avengers 4 dirakam terus sejurus Infinity War, setiap pelakon sudah sedia maklum dan bersedia sekiranya akan berlakunya reshoot untuk menambahbaik jalan cerita Avengers 4. Beberapa gambar di lokasi juga sudah tertiris secara atas talian dan membolehkan peminat untuk membuat spekulasi apa yang akan berlaku di Avengers 4 nanti.

Namun tiada kenyataan rasmi berkenaan masa depan Black Panther selepas Avengers 4 daripada pihak Marvel Studios. Namun, ada yang berpendapat Captain Marvel dan Black Panther yang akan meneruskan legasi Avengers selepas ini mengambil tanggungjawab daripada Iron Man. Apa pun, kita saksikan dahulu filem Captain Marvel tahun hadapan sebelum kita dapat berkira-kira siapa yang akan mengetuai Avengers selepas ini.

Sumber