Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Disebabkan keadaan ekonomi yang semakin gawat kebelakangan ini, rakyat Malaysia dilihat melakukan dua atau tiga kerja demi menampung keperluan hidup masing-masing. Ada juga yang mengambil jalan mudah dengan menjadi pengemis atau peminta sedekah.

Pengemis atau peminta sedekah ini sering dilihat berada di tapak pasar malam dan uptown di seluruh Malaysia. Disebabkan kekangan tenaga dan masa membuatkan seseorang itu memilih jalan mudah ini sebagai cara untuk meraih pendapatan.

Namun lain pula kisah pengemis ini, baru-baru ini tular di laman Twitter, di mana seorang penggunanya, @poiasd95 memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang wanita yang sedang meminta sedekah sambil bermain sesuatu permainan di dalam telefon pintarnya yang dipercayai aplikasi judi.

Lokasi video tersebut dipercayai dirakam di tapak Gerbang Malam, Ipoh. Perkongsian tersebut berjaya menerima lebih 12,800 retweets daripada netizen sejak dimuat naik Sabtu lalu.

Menerusi video yang berdurasi 13 saat itu, memaparkan seorang wanita yang sedang duduk di laluan pejalan kaki di tapak pasar malam tersebut bermain aplikasi tersebut sambil menadah bekas untuk meminta sedekah.

Rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap video yang tular ini. Ada yang mengatakan itu hanyalah iklan sahaja.

Namun, Majoriti netizen  mengatakan wanita tersebut sedang bermain judi atas talian di telefon pintarnya.

Untuk melihat banyak lagi respon dari netizen, anda boleh melihatnya di sini. Walau bagaimanapun, janganlah disebabkan perkara ini membuatkan kita menjadi fobia untuk bersedekah. Yang bersedekah teruskan bersedekah, apa yang mereka buat dengan duit sedekah itu adalah urusannya dengan Tuhan.

Sebelum ini, tular di media sosial di mana seorang peminta sedekah di China meminta sedekah dengan menerima sedekah melalui E-Wallet. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Sedar Tidak Ramai Membawa Tunai, Peminta Sedekah Ini Sediakan Penerimaan Secara ‘E-Wallet’

Kisah Pengemis OKU Yang Mahu Beli Baju Raya Untuk Anaknya

Usahawan Saran Jangan Bagi Duit Selepas Pengemis Tolak Tawaran Pekerjaannya

Anda Mungkin Suka