Disaat rakan-rakan sebayanya yang lain baru sahaja menerima keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), remaja pintar dari Terengganu ini sudah menjalankan kajian kolaborasi dengan pasukan pelajar peringkat doktor falsafah (PhD), di sebuah universiti di Jerman.

Remaja yang mempunyai pemikiran seperti orang dewasa berusia 24 tahun, bernama Muhammad Amir Rafiq dan baru berumur 15 tahun. Beliau berasa bertuah untuk dipilih melanjutkan pengajian penyelidikan dalam Teori Komputer Teoritika.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya, beliau berminat dengan sains komputer sejak berusia 12 tahun lagi. Baginya, bidang tersebut sangat mencabar tetapi pada masa yang sama memberikan keseronokan pada dirinya. Itu menjadi asbab utama mengapa beliau memilih untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi dalam bidang tersebut.

“Bernasib baik Universiti Leibniz terima penyelidik bawah umur seperti saya. Mereka tidak kisah saya belum mempunyai sebarang ijazah kerana apa yang penting bagi mereka adalah kajian yang saya sedang lakukan itu,” jelasnya pada Bernama

Sumber: Sinar Harian

Pelajar Kolej Genius@Pintar Negara itu ditemui pada Seminar Penyelidikan Untuk Anak-Anak Genius Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Nerus semalam.

Seminar tersebut telah menghimpunkan kira-kira 70 remaja pintar dari Terengganu itu, diadakan bagi memberi pendedahan dan menggalakkan mereka untuk lebih banyak menjalankan kajian dan penyelidikan, khususnya berkaitan negeri Terengganu.

Selain itu, beliau juga pernah terpilih untuk mewakili Malaysia dan menjadi peserta termuda dalam ‘The 2019 International Philosophy Olympiad’ di Rom, Itali, pada Mei lepas

Sumber: Bernama

Anak sulung daripada dua beradik itu bercadang untuk mengambil peperiksaan peringkat A-Level dan akan memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti di Amerika Syarikat tahun hadapan.

Apabila ditanya mengenai kehidupannya sebagai seorang pelajar pintar, Muhammad Amir Rafiq berkata, beliau hanya menganggap kebolehan berfikirnya itu sebagai satu anugerah Tuhan, dan berharap kelebihannya itu dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada dirinya malah untuk orang ramai.

Tambahnya lagi, ketika beliau masih kecil, beliau gemar membaca ensiklopedia perubatan milik datuknya dan beliau juga mempunyai kelebihan untuk ‘scan‘ dan ingat setiap fakta yang dibacanya itu.

Menurut bapanya, Mohd Rafee, 50, turut menceritakan bahawa Muhammad Amir Rafiq juga mampu ‘troubleshoot’ komputer seawal usia lima tahun. Tetapi agak memerlukan kos yang tinggi kerana dia tidak bermain mainan seperti kanak-kanak lain. Dia hanya baca buku dan bermain dengan gajet.

Walau bagaimanapun, menurut ibunya, pelajar pintar tersebut mempunyai kelemahan terutamanya yang melibatkan kemahiran insani (soft skills) seperti kemahiran berkomunikasi dan pergaulan sesama rakan sebayanya.

“Dia juga kurang kawan yang sebaya dengannya kerana pemikiran dia yang lapan atau sembilan tahun lebih dewasa. Jadi kami perlu sentiasa pantau dia,” katanya.

Selain itu, adik Muhammad Amir Rafiq, Aina Batrisyia, 13, turut mempunyai kelebihan pemikiran lima tahun lebih ke hadapan dari usia sebenarnya dan juga merupakan pelajar di Kolej Genius@Pintar Negara.

Terdahulu, seorang pelajar UiTM berjaya mencipta sejarah dunia apabila memperolehi markah penuh dalam ujian perakaunan dunia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pelajar UiTM Ini Berjaya Cipta Sejarah, Skor Markah Penuh Dalam Ujian Perakaunan Dunia

Pelajar PT3 Ini Rai Keputusan Cemerlang Di Pusara Ibu Dan Bapa

Netizen Bangga Lihat Pelajar Malaysia Ini Berucap Depan 6,000 Orang Pada Hari Graduasi Di Amerika Syarikat

Sumber