Detik sejarah buat dua gergasi industri berbeza apabila Rakuten bersetuju untuk menjadi penaja baru FC Barcelona dengan rekod penajaan €50 juta (~RM235,550,053.75) setahun. Rekod penajaan yang tinggi ini menjadikan FC Barcelona sebagai penerima penaja kedua tertinggi bola sepak selepas Manchester United.

http-%2f%2fcom-ft-imagepublish-prod-us-s3-amazonaws

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

http-%2f%2fcom-ft-imagepublish-prod-us-s3-amazonaws-1

Pemilihan Rakuten sebagai penaja terbaru sekaligus menolak spekulasi penajaan daripada Huawei, Alibaba serta penyambungan kontrak daripada Qatar Airways. Kerjasama FC Barcelona dan Rakuten ini bakal berlangsung selama 4 tahun bermula pada tahun hadapan disertakan option untuk penyambungan untuk tahun kelima.

Penglibatan Rakuten di dalam sukan bola sepak bukanlah sesuatu yang baru, syarikat ini turut memiliki kelab bola sepak dari J-League iaitu Vissel Kobe.

3a705e7500000578-3941760-barcelona_s_gerard_pique_is_pictured_with_rakuten_ceo_hiroshi_mi-m-78_1479303052469

Gerrard Pique bersama CEO Rakuten

Dengan rekod penajaan yang tinggi ini FC Barcelona berhajat untuk menawarkan kontrak baru buat Lionel Messi. Kami ternanti-nanti bagaimana squad FC Barcelona musim-musim akan datang dengan kehadiran pemain baru. Tidak dilupakan juga pemain-pemain berbakat daripada La Masia. Visca Barca.

Anda Mungkin Suka