Ini mungkin berita sedih buat pelanggan setia Rakuten. Laman e-commerce terbesar Jepun itu akan menutup operasinya di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Mereka akan berbuat demikian pada bulan Mac 2016.

Dalam kenyataan pihak Rakuten, dalam 150 pekerja akan hilang pekerjaan dan pihak Rakuten akan cuba sebaik mungkin membantu mencari kerja untuk pekerja yang akan diberhentikan. Rakuten juga akan menjual Tarad, laman sesawang jualan online Thailand yang mereka beli pada tahun 2009. Tiada kenyataan dikeluarkan tentang mengapa mereka menutup operasi di 3 negara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rakuten membuat jualan sebanyak USD6.34 billion tahun lepas, naik USD5.31 billion dari tahun 2014. Walaupun mereka menghentikan operasi di 3 negara ini, pencapaian Rakuten di Jepun dan Taiwan meningkat dua kali ganda dan kemungkinan Rakuten ingin memberi lebih tumpuan di dua negara itu.

Disebalik penutupan ini, Rakuten akan memperkenalkan ‘Rakuma’, mobile app ala Carousell. Ia mungkin menghadapi cabaran untuk berlawan dengan app Carousell dan Shopee yang sudah ada pengikut tersendiri di Asia Tenggara. Tetapi ia bukan masalah kerana Rakuten Ventures turut mempunyai pegangan di dalam Carousell.

Pejabat operasi Asia Tenggara Rakuten akan terus beroperasi di Singapura. Bisnes lain Rakuten, Rakuten Ventures dan Rakuten Travel akan terus beroperasi seperti biasa. Sayonara Rakuten.

Sumber