Rakyat Afrika Selatan tuntut agar berlian The Great Star of Africa dan Cullinan II yang berada di mahkota dan tongkat Ratu Elizabeth II sepatutnya dikembalikan kepada negara tersebut, lapor The Economic Times.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Berlian yang diberi nama The Great Star of Africa dan Cullinan II, adalah sebahagian kecil daripada berlian gergasi yang diberikan kepada Keluarga Diraja British selepas dilombong di Afrika Selatan pada tahun 1905. Pada masa itu, Afrika Selatan berada di bawah pemerintahan British.

Bagaimanapun, pada masa ini berlian tersebut difahamkan berada di hujung tongkat kepunyaan pemimpin Empayar British. Sementara itu, berlian Cullinan II dikatakan menghiasi mahkota yang dipakai oleh pemimpin Empayar British.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Sejak kematian Ratu Elizabeth II minggu lalu, terdapat tuntutan dari Afrika Selatan agar berlian itu dikembalikan kerana rakyat Afrika Selatan menilai bahawa berlian itu sebenarnya milik mereka. Bagaimanapun, pemilik Great Star of Africa dan batu permata lain yang dilombong dari negara itu masih menjadi bahan perdebatan.

Selain itu, pandangan keras turut dilontarkan oleh Ahli Parlimen Vuyo Zugula dari Gerakan Transformasi Afrika (ATM). Beliau merasakan bahawa Afrika Selatan harus menamatkan hubungannya dengan Britain dan mewujudkan perlembagaan baharu.

“Afrika Selatan kini mesti meninggalkan Komanwel, menuntut pampasan untuk semua kerosakan yang dilakukan oleh UK, merangka perlembagaan baharu berdasarkan kehendak rakyat bukan Magna Carta British, dan menuntut pemulangan semua emas, berlian yang dicuri oleh UK,” katanya.

Bekas setiausaha wilayah ANC KwaZulu-Natal Thanuxolo Sabelo turut berkata bahawa berlian dan permata dari Afrika Selatan yang diambil oleh British telah mengorbankan ramai orang.

“Kami sedang mengalami kemiskinan yang menyeksakan, kami juga menghadapi masalah pengangguran dan peningkatan kadar jenayah kerana penindasan dan kemusnahan yang disebabkan oleh beliau [Ratu Elizabeth] dan nenek moyangnya. Berlian Cullinan mesti dikembalikan ke Afrika Selatan dengan segera,” katanya.

Sehingga kini, lebih 6,000 orang telah menandatangani petisyen yang menyeru agar berlian itu dikembalikan dan ditempatkan di muzium Afrika Selatan.

Sementara itu, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa mengucapkan takziah selepas kematian Ratu Elizabeth II, tetapi rakyatnya menuntut agar dia meminta berlian itu dikembalikan.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa berlian itu adalah hadiah kepada Keluarga Diraja. Berlian itu diserahkan kepada Raja Edward Vll pada 1907 dan dihantar ke Asscher dari Amsterdam untuk dibelah pada 2008, menurut Royal Collection Trust.

Royal Asscher menyatakan bahawa berlian Cullinan dipotong menjadi sembilan batu besar dan 96 kepingan kecil. Batu terbesar itu dinamakan Bintang Besar Afrika oleh Raja Edward VII.