Kita sedang memasuki satu era baharu di mana berkumpul di khalayak ramai akan menjadi perkara paling merbahaya manakala untuk kekal berada di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial adalah norma baru yang dititikberatkan.

Namun berbeza di Washington, Amerika Syarikat apabila rakyat AS dilihat senang bergaul dengan pesakit COVID-19 dengan harapan bahawa tubuh badan mereka akan kebal dari wabak ini.

Menurut The Straits Times, ‘Pesta COVID-19’ diaturkan agar orang ramai tidak dijangkiti dan kebal dari dengan wabak ini pada masa akan datang.

Pengarah kesihatan masyarakat untuk Walla Walla County, Meghan Debolt melaporkan bahawa wujud dua ‘Pesta COVID-19’ yang berlaku di kawasan itu baru-baru ini.

Dia menambah bahawa daripada 20 orang yang hadir, didapati dua di antara mereka telah jatuh sakit dan diuji positif wabak tersebut. Kelompok ini dilihat telah mematahkan usaha pihak berkuasa yang mahu melawan penularan wabak ini.

“Kami ingin membuka kembali komuniti kami,” kata Debolt. “Tetapi jika komuniti kita tidak mengamalkan garis panduan jarak fizikal dan jarak sosial yang betul dan mereka dengan sengaja berusaha untuk pergi dan berhubung dengan pesakit COVID-19, ini melambatkan usaha kita untuk membuka semula kawasan ini.”

Dia menambah bahawa dua orang yang dijangkiti dengan wabak ini di salah satu pesta di Walla Walla adalah masih muda dan mereka tidak memerlukan rawatan perubatan.

Mereka berdua menyatakan bahawa mereka akan sembuh dengan cepat dari virus ini tanpa mengakui hakikat bahawa wabak ini mampu tersebar kepada orang lain yang mempunyai antibodi yang lemah.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di sana, klik pautan di bawah.

Keputusan Amerika Syarikat Potong Dana WHO Beri Kesan Kepada Negara Miskin

Elon Musk Cipta Kontroversi Lagi, Kali Ini Mahukan ‘Lockdown’ Di Amerika Syarikat Ditamatkan

Pemimpin Demo Anti-Lockdown Di Amerika Syarikat Dijangkiti COVID-19