Jualan senjata di beberapa wilayah di sekitar Amerika Syarikat yang dilanda teruk oleh wabak COVID-19 telah dilaporkan melonjak tinggi dengan beberapa orang awam menyatakan rasa takut akan berlaku perkara yang menganggu ketenteraman awam.

Beberapa media antarabangsa melaporkan orang ramai telah dilihat beratur panjang di luar kedai bagi membeli senjata api.

Laporan lain turut menyebut bahawa terdapat beberapa orang yang tidak pernah memiliki senjata api sebelum ini telah bertindak menyertai barisan panjang bagi membeli senjata api.

Orang awam yang beratur di Los Angeles memberitahu media tempatan bahawa ahli politik dan gerakan anti-senjata telah memberitahu mereka bahawa senjata api tidak diperlukan di waktu ini. Namun mereka telah membuat keputusan untuk membeli senjata api sebagai salah satu keperluan.

Menurut Los Angeles Times, seorang penjual senjata api di Oklahoma telah melaporkan bahawa terdapat beberapa pelanggan yang membeli peralatan bernilai ribuan dolar pada satu masa bagi melindungi diri mereka.

Ralph Charette, 71, berkata kepada USA Today bahawa dia membeli senapang dan amunisi untuk melindungi dirinya dan keluarganya jika berlaku kejadian panik di negara tersebut.

Sekarang, jika pencuri datang mengetuk pintu rumahnya, dia lebih bersedia, katanya.

“Terdapat banyak ketidakpastian dan paranoid tetapi anda perlu melindungi diri sendiri,” kata Charette.

Charette adalah antara penduduk Amerika yang membeli bekalan senjata dan peluru selepas COVID-19 telah membunuh lebih daripada 60 orang di AS.

Dalam laporan lain, warga Asia di AS juga turut membeli senjata api kerana takut dengan ancaman yang bakal di hadapi oleh komuniti mereka akibat wabak tersebut.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Rakyat Belanda Panik, Beratur Beli Bekalan Ganja Selepas Kerajaan Isytihar ‘Lockdown’

Wabak Merebak Terlalu Pantas, WHO Isytiharkan COVID-19 Sebagai Pandemik

Saintis Cipta Vaksin COVID-19, Upah RM4,000 Bagi Sesiapa Yang Mahu Mencuba

Sumber