Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Malaysia berada di Tahap 4 dalam carta yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC). Di mana ia menandakan bahawa kes COVID-19 di negara ini berlangsung dalam situasi yang ‘sangat tinggi’. Amaran untuk rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak melakukan perjalanan memasuki Malaysia juga telah dikeluarkan oleh Kerajaan AS.

Dalam laporan yang dikeluarkan The Edge Markets, pihak CDC dalam kenyataan mereka berkata amaran tersebut dikeluarkan kerana mengambil kira keadaan semasa di Malaysia, bahkan pelancong yang sudah divaksin mungkin berisiko mendapat dan menyebarkan varian COVID-19, dan rakyat AS harus mengelakkan perjalanan masuk ke Malaysia.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

“Semua rakyat AS tidak digalakkan membuat perjalanan ke Malaysia ketika ini susulan situasi Covid-19 yang semakin teruk di negara itu. Jika perlu membuat perjalanan, pihak berkaitan perlu melengkapkan dos suntikan sebelum berlepas,” jelas amaran tersebut yang turut dilaporkan oleh Utusan.

Selain daripada itu, ia mengatakan bahawa semua penumpang udara yang akan menuju ke AS, termasuk warganegara AS dan mereka yang telah diberi vaksin sepenuhnya, dikehendaki mendapatkan keputusan negatif bagi ujian COVID-19 tidak lebih dari tiga hari sebelum melakukan perjalanan masuk ke AS atau dokumen yang membuktikan sudah sembuh dari COVID-19 dalam tiga bulan terakhir  sebelum mereka menaiki penerbangan ke AS.

Untuk rekod, kes jangkitan Covid-19 di Malaysia sehingga semalam direkodkan sebanyak 2,872 dengan tujuh kes kematian baharu. Bagi statistik global, terdapat 143,68 juta kes COVID-19 di seluruh dunia, dengan AS berada di tempat pertama dengan 32.54 juta kes, diikuti oleh India dengan 15.62 juta kes dan Brazil ketiga dengan 14.05 juta kes.

Serangan anti asia merebak di Amerika Syarikat, apakah punca di sebalik kejadian ini? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Serangan Anti Asia Merebak Di Amerika Syarikat, Apakah Punca Di Sebalik Kejadian Ini?

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Sahkan Video UFO Yang Tular Adalah Tulen

Amerika Syarikat Rampas Semua Produk Top Glove, Jumpa ‘Bukti’ Wujud Amalan Buruh Paksa

Anda Mungkin Suka