Pada tahun 1973, pejuang Bangladesh menyertai rakyat Mesri, Syria dan Palestin menentang Israel semasa Perang Oktober. Mengikut Fathi Abu al-Aradat “Terdapat sekitar 1000 hingga 1500 daripada mereka. Terdapat juga Batalion-batalion yang semuanya adalah warga Bangladesh”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tahun 1980, terdapat beribu-ribu rakyat Bangladesh datang ke Lubnan sebagai sukarelawan dan menyertai pejuangan Palestin. Menurut Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat, pada tahun 1987, kerajaan Bangladesh dilaporkan telah menawarkan seramai 8000 belia untuk menyertai Pertubuhan Pembebasan Palestin. Penawaran tersebut berlaku selepas lawatan Yasser Arafat ke negara tersebut.

Laporan itu juga menyatakan beberapa tokoh tentera Bangladesh telah dihantar ke Palestin untuk mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan.

Setiausaha Fatah, Fathi Abu al-Aradat memberitahu Al-Akhbar “Saya masih ingat mereka ini sangat berdisiplin. Mereka mempunyai semangat yang luar biasa. Apabila Israel menyerang dan menawan beberapa pejuang Bangladesh, mereka berkata ‘PPP, tidak kepada Israel’ walaupun diseksa dengan teruk. Mereka juga mempunyai hubungan yang baik dengan pejuang lain.”

Ziyad Hammo, seorang pegawai PFLP-GC memberitahu “Mereka mempunyai bakat ketenteraan tetapi banyak bertugas sebagai pembawa senjata dan penjaga pejabat tertentu. Tetapi jika mereka dikehendaki berjuang, mereka akan berjuang.”

Kamal Mustafa Ali warganegara Bangladesh pernah digelarkan sebagai ‘wira yang syahid’. Beliau bersemadi di pinggir Kem Pelarian Shatila. Di atas batu nisan beliau, terukir ayat al-Quran

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”

pejaung jihad

Kamal Mustafa Ali syahid semasa pertempuran menentang Israel di ‘Castle of the High Rock’, terletak di wilayah selatan Nabatiyeh yang diperintah oleh Kerajaan Lubnan.

Pada tahun 2004, kubur Kamal Mustafa Ali telah digali dan mayat beliau telah dihantar pulang ke Bangladesh dan disemadikan disana sebagai mengingati pejuang beliau menentang Israel.

SUMBER: Al-Akhbar