Kerajaan Belanda baru-baru ini telah mengumumkan perintah ‘lockdown’ kepada seluruh negara selepas wabak COVID-19 menyerang lebih kurang 1,000 orang dan telah mengakibatkan 20 kematian di negara tersebut.

Walaubagaimanapun, kelainan yang ditunjukkan oleh rakyat Belanda apabila mereka telah bertindak untuk beratur bagi membeli bekalan ganja sepanjang tempoh ‘lockdown’ tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut agensi berita RFI, para pengguna ganja telah berbaris panjang di luar kedai pada Ahad lalu bagi membeli bekalan ganja sebelum kedai menjual ganja tutup sepenuhnya bagi memenuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Selama dua bulan yang akan datang, kita tidak boleh mendapatkan bekalan ganja, jadi lebih baik sekurang-kurangnya ada sedikit bekalan ini di rumah,” kata Jonathan, seorang pembeli ganja di luar kedai kopi The Point di The Hague.

https://twitter.com/SpongeBobCatz/status/1239239109413044224?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1239239109413044224&ref_url=https%3A%2F%2Fnltimes.nl%2F2020%2F03%2F15%2Fpeople-race-buy-last-minute-weed-coronavirus-rules-shut-dutch-coffeeshops

Serbuan ke kedai ganja berlaku selepas beberapa minit Menteri Kesihatan dan Pendidikan Belanda memberi sidang media dengan mengumumkan perintah ‘lockdown’ kepada seluruh Belanda yang akan memberi kesan kepada penutupan sekolah dan seluruh kedai di Belanda.

Beberapa gambaran dapat dilihat apabila sesetengah pengguna sosial media telah bertindak berkongsi situasi semasa selepas perintah tersebut dikeluarkan. Barisan panjang dapat dilihat di sekitar kedai-kedai menjual ganja di sana.

Ganja sebenarnya masih salah di sisi undang-undang di Belanda, tetapi kerajaan di sana memberi kelonggaran kepada rakyat mereka dengan memiliki ganja tidak lebih daripada lima gram.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Penganut Hindu Di India Minum Air Kencing Lembu, Percaya Mampu Sembuhkan COVID-19

Media Perancis Puji Cara Hidup Islam, Percaya Mampu Cegah COVID-19 Daripada Merebak

Tular Gambar ‘Face Mask’ Dijemur, Netizen Saran Koyak Sebelum Buang

Sumber