Sebanyak 300,000 durian Musang King berjaya dijual dalam masa kurang dari satu jam dalam jualan kilat yang berlangsung secara atas talian di China.

Acara jualan ini merupakan sebahagian daripada festival durian atas talian di antara China – Malaysia 2020 (Guangxi).

South China Morning Post melaporkan, dengan berat kira-kira 60 tan, kesemua durian dilaporkan habis dijual dalam masa kurang satu jam dengan nilai jualan berjaya dicatat sekitar RM61.2 juta (USD $14.7 juta)

Rekod jualan telah diumumkan pada hari pelancaran festival durian yang dilakukan secara atas talian dari tiga laman web dari wilayah berbeza – di Qinzhou, Kuala Lumpur dan Raub, Pahang.

Wakil Perdana Menteri China, Tiong King Sing menyatakan bahawa dia yakin bahawa eskport durian Malaysia ke China akan menyumbang kepada perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, lapor The Star.

Katanya, menurut statistik, China telah mengimport 600,000 tan durian bernilai USD$1.7 bilion tahun lalu, dengan 7,700 tan durian bernilai USD$67 juta diimport dari Malaysia.

Untuk rekod, China turut mengimport 3,200 durian sejuk beku dari Malaysia yang berjumlah USD41 juta pada tahun 2018.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Akibat Hidu Bau Durian, 12 Orang Di Jerman Jatuh Sakit

Pertama Di Malaysia, FAMA Jual Durian Secara ‘Online’ Mulai Hari Ini Curi Perhatian Netizen

Harga Durian Ikut Kereta Pelanggan, Meningkat Berkali Ganda Jika Datang Guna Kereta Mewah