Sekiranya sebelum ini sering dilihat negara luar menjadi mangsa penipuan China, lain ceritanya pada kali ini apabila rakyatnya sendiri tertipu dengan sambutan tahun baru di negara mereka.

Semuanya bermula apabila sejumlah besar rakyat China di Shanghai pertunjukan bunga api sebagai simbolik kepada sambutan tahun baru. Walau bagaimanapun, penantian mereka ternyata kecewa apabila dilaporkan tidak ada sebarang bunga api pada malam tersebut.

cof
HYPE
CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor
Baca lagi →
drones-china-display-shanghai

Sumber: Independent

Keadaan menjadi semakin hairan buat rakyat China apabila berita di China memaparkan sambutan tahun baru menggunakan 2,000 dron yang hadir dengan formasi bunga api serta kemajuan Shanghai sepanjang 40 tahun.

Semuanya terbongkar apabila laporan daripada BBC melaporkan pertunjukan dron tersebut telah dirakam dengan lebih awal pada 28 Disember dan sengaja ditayangkan pada malam tahun baru.

Meskipun berjaya membuatkan orang ramai seluruh dunia teruja dengan idea kreatif kumpulan dari China ini, pemilihan untuk tidak menerbangkan dron pada malam tahun baru bagi membolehkan orang ramai melihatnya secara terus telah menimbulkan kekecewaan rakyat China.

Walau bagaimanapun, siaran TV China, Shanghai Dragon Television mempunyai alasan sebaliknya dimana tayangan tersebut sengaja dirakam lebih awal dan ditayangkan pada malam tahun baru untuk meningkatkan jumlah tontonan pada malam tersebut.

Selain itu, difahamakn pemilihan dron untuk sebagai cara untuk menyambut tahun baru berbanding bunga api adalah altenatif terbaru dalam menjaga alam sekitar dan kualiti pengudaraan.

Para netizen ternyata kagum dengan keunikan visual sambutan tahun baharu di Putrajaya. Turut dikongsikan, aktiviti Elon Musk yang memilih untuk menyambut tahun baru di kilang Tesla.

Netizen Kagum Dengan Keunikan Visual Sambutan Tahun Baharu Di Putrajaya

Ini Sebabnya Elon Musk Pilih Untuk ‘Menyambut’ Tahun Baru Di Kilang Tesla

Anda Mungkin Suka