Kedai minuman keras dibuka semula buat pertama kalinya di negeri dan bandar di sekitar India termasuk New Delhi berikutan kelonggaran perintah penguncian selepas 40 hari.

Namun itu tidak menghalang pihak polis daripada bertindak ‘ganas’ apabila mereka dilihat memukul sekumpulan orang yang gagal mematuhi peraturan walaupun perintah penguncian sudah dilonggarkan.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Perintah penguncian oleh kerajaan India menyaksikan hampir semua aktiviti telah dilarang mulai 24 Mac lalu dalam usaha untuk menghentikan penyebaran wabak COVID-19.

Seorang pembeli, Asit Banerjee, 55, mengatakan bahawa dia memerlukan alkohol untuk ‘memberi tenaga’ kepadanya ketika penguncian akibat COVID-19, “Kami telah menyendiri selama lebih dari satu bulan. Alkohol akan memberi tenaga kepada kita untuk menjaga jarak sosial semasa wabak.”

Banerjee yang berasal dari Kalkota sanggup berbaris panjang bagi membeli minuman keras. Mereka turut dikawal oleh polis yang memegang tongkat lathi untuk tujuan mengawal orang ramai.

Di tempat lain, termasuk di Ghaziabad di Uttar Pradesh, polis negeri terpaksa mengarahkan kedai ditutup awal selepas berlaku barisan panjang dan mereka gagal mematuhi penjarakan sosial.

“Salah satu kedai telah dibuka pada waktu pagi tetapi berlaku pertempuran kerana orang ramai berkumpul,” kata seorang pegawai polis. Beratus-ratus orang terus berkeliaran di sekitar jalan dengan harapan kedai itu dibenarkan untuk dibuka semula.

“Rasanya saya tidak ada apa yang mahu dilakukan di rumah,” kata Deepak Kumar, 30, ketika dia menunggu dengan sabar di seberang jalan di satu kedai di New Delhi.

Seorang pelanggan bertuah yang berjaya membeli sebilangan minuman keras, Sagar, 25 tahun, mengatakan bahawa dia pergi ke sebuah kedai di Delhi pada pukul 7.30 pagi dan mendapati ia telah dibuka lebih awal.

“Terdapat sekitar 20 hingga 25 orang pada waktu pagi dan kedai itu dibuka selama kira-kira dua jam,” katanya.

“Lima orang dalam satu kumpulan dibenarkan masuk. Sekarang mereka telah menutup kedai itu.”

Di beberapa negeri, termasuk Maharashtra, kedai minuman keras ditutup di tengah-tengah kekeliruan arahan dari kerajaan – kedai mana yang dibenarkan dibuka dan kedai mana yang tidak dibenarkan dibuka. Manakala di beberapa negeri seperti Assam, ia dibenarkan dibuka beberapa hari sebelum.

Walaupun menyalahi undang-undang di beberapa kawasan, termasuk negara asal Perdana Menteri Narendra Modi, Gujarat, penggunaan alkohol di India didapati meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini ketika kasta menengah mula berkembang di negara itu.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di India, klik pautan di bawah.

Gelombang Baharu Kes COVID-19, Kerajaan India Buru Jemaah Tabligh

Kerajaan India Arah Hospital Asingkan Pesakit COVID-19 Muslim Dan Hindu

‘Lockdown’ Di India, Ibu Sanggup Redah Perjalanan 1,400KM Kerana Rindukan Anak

Anda Mungkin Suka