Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Selepas mangkatnya Queen Elizabeth II, berlian ‘sumpahan’ Kohinoor (Koh-i-Noor) mula menjadi sebutan terutamanya netizen di India.

Artikel Berkaitan:

Kohinoor merupakan salah satu berlian tercantik yang menghiasi mahkota Ratu Elizabeth II. Berlian ini sudah menjadi hiasan pada mahkota Ratu Elizabeth II lebih 100 tahun dan rakyat India mahu ia dipulangkan kembali ke negara asalnya.

Tidak diketahui bila pertama kali Koh-i-Noor yang berukuran 106 karat itu ditemui. Tetapi menurut sumber yang boleh dipercayai, batu ini sudah berpindah dari satu penguasa ke penguasa lain sejak awal abad ke-14 lagi.

HYPE
Menu Paling Digemari Rakyat Malaysia, Prosperity Burger Kini Kembali Di McDonald’s
Baca lagi →

Terdapat pelbagai versi cerita tentang sejarah Kohinoor ini. Kohinoor bermaksud ‘Mountain of Light’ dalam bahasa parsi dan kononnya mempunyai sumpahan terhadap sesiapa yang memilikinya.

Legenda mengatakan lelaki yang menyimpan berlian ini akan menguasai dunia, tetapi perlu bersedia dengan kemalangan yang bakal dihadapi.

Bagaimaan ia boleh ‘jatuh’ ke tangan British

Menurut sejarah, Kohinoor telah ‘diberikan’ kepada British pada 1849 sebagai salah satu pertukaran berdasarkan satu perjanjian yang ditandatangani oleh Maharaja Lahore selepas perang Anglo-Sikh.

Pada 1847, Maharaja Duleep Singh telah dipisahkan daripada ibunya dan dihantar ke Britain. Ketika umurnya sekitar 10 tahun pada 1849, beliau terpaksa memberi berlian tersebut kepada Britian sebagai ‘hadiah’. Sejak itu, berlian tersebut dijadikan salah satu permata yang menghiasi mahkota British Crown Jewel.

Pada ketika ini, netizen di India berpendapat ini adalah masa terbaik untuk berlian itu dipulangkan ke negara asalnya.

Kerajaan India sebelum ini pernah menuntut kembali berlian Kohinoor daripada Britain beberapa kali antaranya pada tahun 1947. Bagaimanapun, kerajaan Britain beberapa kali menolak permintaan tersebut dengan tegas.