Mbak Rara, bomoh yang popular dengan kepakaran menghentikan hujan kini dianggap sebagai individu yang memalukan negara Indonesia selepas kegagalan beliau menghentikan hujan pada satu acara konsert.

Beliau menjadi viral selepas satu video dimuat naik oleh akaun Instagram @fact.indo yang menunjukkan kegagalan beliau menghentikan hujan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan media tempatan, dalam video tersebut, Mbak Rara kelihatan membuat penampilan pada salah sebuah konsert. Bagaimanapun, lokasi sebenar acara muzik itu tidak diketahui. Disyaki Mbak Rara sengaja dijemput ke majlis tersebut sebagai pengendali hujan.

Pada mulanya, dalam video tersebut, Mbak Rara sedang menari. Namun, tidak lama selepas itu tiba-tiba hujan turun dan sebahagian pengunjung kelihatan memakai baju hujan.

“Video viral sebelum konsert, Mbak Rara dijemput sebagai pengendali hujan, dan ternyata hujan juga,” tulis kapsyen akaun Instagram tersebut.

Dan dalam video tersebut jelas kedengaran suara perakam video bertanyakan kenapa hujan walaupun sudah ada bomoh yang diupah untuk mengawal hujan.

“Ya Allah, macam mana ni hujan,” kata perakam video tersebut dalam salah satu bahasa daerah di Indonesia.

Video ini mendapat pelbagai komen daripada netizen. Kebanyakan netizen yang melihat video tersebut hanya mampu ketawa dan sebahagian lagi menyatakan bahawa Mbak Rara adalah pengendali hujan palsu.

“Kenapa anda perlu percaya jin yang kelihatan seperti ini,” kata netizen.

“Hujan membawa rahmat, nak ditahan macam mana pun tapi kalah dengan yang menghidupkan… kalau Allah izinkan apa-apa pun boleh berlaku,” kata netizen yang lain.

“Hadeuuuh bomoh palsu, bomoh bantuan sosial,” kata netizen.

Penganjur MotoGP Indonesia habiskan RM30,000 untuk bayar khidmat bomoh tolak hujan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Penganjur MotoGP Indonesia Habiskan RM30,000 Untuk Bayar Khidmat Bomoh ‘Tolak Hujan’

Alami Cuaca Buruk, Indonesia Guna Khidmat Bomoh Untuk ‘Tolak Hujan’ Pada Acara MotoGP