Wartawan dari agensi berita RIA Novosti menemukan sejumlah bungkusan Indomie goreng ketika mengunjungi salah satu bekas markas tentera pada Jumaat lalu. Wilayah yang baru-baru ini ditawan oleh tentera Luhansk (LPR) dilaporkan telah menggunakan Indomie sebagai merupakan bekalan makanan sepanjang perang.

Dalam ciapan itu, Indomie yang ditemukan ialah mee goreng berempah dengan tarikh luput pada 5 Ogos 2022. Selain Indomie, terdapat juga beberapa bungkusan makanan dari negara luar seperti dari US, UK dan negara lain.

“Banyak bungkusan makanan kosong dan bungkusan dan kotak yang tidak disentuh berselerak di seluruh bangunan,” tulis RIA Novosti berdasarkan laporan di Troitskoye. “Semua ini buatan asing, anda tidak boleh membeli barangan seperti itu di Ukraine, kerepek Amerika, muesli British, bar bijirin, wafel, mee segera dan gula dari negara lain. Terdapat juga kotak rokok,” tambah RIA Novosti.

Maklumat ini juga dimuat naik oleh akaun Twitter JATOSINT, akaun yang mengumpul dan mengaitkan maklumat sumber terbuka.

Matyev Platov, pejuang Republik Rakyat Luhansk (LPR), berkata bekalan yang ditemui menunjukkan terdapat ‘askar upahan asing’ yang menjaga kawasan di sana. Atau bagi tentera LRP, mereka mengesyaki Barat sedang melatih tentera Ukraine di sana.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah memaklumkan, penemuan Indomie di lokasi perang itu secara tidak langsung menunjukkan penggemar Indomie datang dari pelbagai negara di seluruh dunia.

“Walaupun mi segera itu ditemukan di lokasi perang, tapi rakyat Indonesia masih berbangga kerana makanan jenama tempatan turut menjadi pilihan komuniti antarabangsa.

“Itu jelas menunjukkan peminat Indomie berada di seluruh dunia,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Untuk makluman, kampung Troitskoye terletak berhampiran garisan sempadan di antara Ukraine dan LPR dan Republik Rakyat Donetsk (DPR), dua kumpulan pemisah pro-Rusia. Kampung itu dikatakan berada di bawah kawalan Ukraine sejak perang pemisah meletus pada 2014.

Pengadun asal perencah Indomie dilaporkan meninggal dunia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pengadun Asal Perencah Indomie Dilaporkan Meninggal Dunia

Reka Bentuk Kreatif Influencer Indonesia, Hasilkan Jaket Dari Bungkusan Indomie

Gara-Gara Perang Rusia Dan Ukraine, Stok Mi Segera Indomie Berkurang Di Pasaran