Dalam tinjauan di Tourism Malaysia di ‘Astindo Hybrid Travel Fair’ anjuran Persatuan Syarikat Penjual Tiket Penerbangan Indonesia (Astindo), Bernama melaporkan bahawa pelancong Indonesia teruja untuk kembali melancong ke Malaysia sambil bertemu dengan ahli keluarga dan mendapatkan rawatan perubatan di sini.

Keterujaan mereka ini ditambah dengan laporan berita mengenai pembukaan sempadan negara yang akan dilakukan tidak lama lagi. Menurut pengurus pemasaran Tourism Malaysia di Jakarta, Niko Johan Tanosa, rakyat Indonesia kini mensasarkan beberapa lokasi utama sebagai tempat pelancongan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Genting Highland.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Niko dalam temubualnya bersama Bernama berkata, “Kita menjelaskan Malaysia setakat ini belum membuka sempadan sepenuhnya. Namun, pelancong boleh ke Malaysia melalui program Langkawi International Travel Bubble.”

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercadang untuk mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara minggu hadapan. Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin selepas Kabinet yang bersidang semalam bersetuju dengan tarikh pembukaan sempadan itu, lapor Berita Harian.

“Semalam Kabinet sudah bersetuju dengan tarikh berkenaan, tinggal mahu diumumkan sahaja. Perdana Menteri akan umumkan dan tidak bermaksud ia akan dibuka terus minggu depan, tetapi pengumuman ini akan memberi sedikit masa kepada pihak dalam sektor dan industri pengembaraan dan pelancongan,” kata Khairy.

‘Ruang tamu di Indonesia, dapur di Malaysia’ – wanita ini pamer rumah di sempadan dua negara. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Ruang Tamu Di Indonesia, Dapur Di Malaysia’ – Wanita Ini Pamer Rumah Di Sempadan Dua Negara

28 Lokasi Unik Ini Bakal Buat Anda Mahu Segera Ke Bandung, Indonesia

Nama Ibu Kota Indonesia Jadi Perdebatan, Apakah Maksud Di Sebalik Nama ‘Nusantara’?