Musim cuti merupakan waktu yang paling menngembirakan dan ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Selalunya masa ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk meluangkan masa bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Namun lain pula yang terjadi kepada rakyat Jepun ketika diberikan cuti terpanjang kepada semua rakyatnya selama 10 hari.

Cuti 10 hari ini atau lebih dikenali sebagai Golden Week diberikan kepada rakyat Jepun bersempena dengan sambutan peralihan takhta Maharaja Akhito kepada Putera Mahkota Naruhito pada hari ini dan esok. Cuti berlarutan sehingga 10 hari ini juga disebabkan oleh himpunan beberapa cuti umum yang jatuh pada 29 April dan 3-6 Mei.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan Daily Mail, sebanyak 45% rakyat Jepun bekerja tidak gembira dengan pengumuman cuti ini. Perkara ini disebabkan sikap penduduk tersebut sendiri yang lebih senang bekerja berbanding berehat di rumah. Hanya 35% pekerja menerima pengumuman ini dengan senang hati. Antara perkara yang menyebabkan rata-rata penduduk kurang senang dengan pengumuman cuti ini ialah disebabkan mereka tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan cuti yang diberikan.

Tambah mereka lagi, jika mereka hendak melancong ke luar negara, mereka perlu memikirkan kos melancong yang pastinya meningkat. Jika anda diberikan cuti 10 hari, apa agaknya perancangan anda?

Sumber