Sebuah batu purba yang dipercayai dihuni oleh makhluk ghaib telah didapati retak dan terbuka sehingga menyebabkan orang-orang yang mempercayainya menjadi panik. Batu yang dipanggil sebagai “batu pembunuh” itu terletak di Jepun dan menurut media tempatan ia telah terbelah dua selepas kononnya mengunci roh jahat selama hampir 1,000 tahun.

Batu hasil dari letupan gunung berapi itu dikatakan menjadi rumah kepada musang berekor sembilan yang dikenali sebagai Tamomo-No-Mae, menurut mitologi. Legenda mengatakan bahawa mereka yang bersentuhan dengan batu itu, secara rasmi dipanggil Sessho-Seki dan ia akan ditakdirkan mati.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut cerita rakyat, batu itu juga mengandungi gas beracun dan pernah bertukar menjadi seorang wanita cantik yang ditugaskan untuk membunuh Maharaja Toba yang memerintah Jepun dari 1107 hingga 1123.

Sejak itu, batu ini telah menjadi tumpuan pelancong sehingga menarik pengunjung ke pergunungan Tochigi, berhampiran Tokyo, yang terkenal dengan kolam air panas.

Bagaimanapun, sejak batu itu terpisah kepada dua bahagian, orang ramai mula takut untuk melawat ke kawasan terbabit. Ditambah pula dengan spekulasi yang bermain di sekitar penduduk tempatan bahawa roh jahat mungkin telah dibangkitkan untuk menurunkan malapetaka.

Menurut The Guardian pula, fenomena bongkahan batu gunung berapi terpecah menjadi dua bahagian adalah sesuatu yang normal. Difahamkan bahawa air hujan mungkin telah menyerap masuk ke dalam batu sehingga menyebabkan ia terbelah dua.

Penguatkuasa Jepun kini sedang mempertimbangkan apa yang perlu dilakukan dengan batu itu.

Selepas 100 tahun, misteri kapal hilang tanpa jejak di Segi Tiga Bermuda akhirnya terjawab. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Selepas 100 Tahun, Misteri Kapal Hilang Tanpa Jejak Di Segi Tiga Bermuda Akhirnya Terjawab

Tugu ‘Alien’ Muncul Secara Misteri Di Tengah Gurun

‘Selalu Dengar Suara Kanak-Kanak..’ – Dokumentari Ini Papar ‘Misteri’ Yang Menghantui Amber Court

Sumber