Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Dalam salah satu pendedahan yang mengejutkan, Johor, negeri paling selatan di Malaysia sudah ditipu oleh sindeket Macau Scam sehingga mencatatkan kerugian sebanyak RM10 juta dalam empat bulan pertama tahun ini.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh MalayMail dan memetik kata-kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor Asisten Komisioner Amran Md Jusin, statistik ini menunjukkan peningkatan yang sangat jetara dalam kes penipuan Macau berbanding tahun lepas.

Bagi tempoh 1 Januari hingga 18 April, polis negeri merekodkan sebanyak 209 kes membabitkan kerugian berjumlah RM9.5 juta. Rekod ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM6.7 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas di mana polis merekodkan kerugian hanya RM2.8 juta daripada 90 kes berkaitan penipuan Macau.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Menurut polis, modus operandi yang biasa dilakukan oleh ahli sindiket ialah dengan menyamar sebagai anggota polis, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau ejen insurans.

Mereka akan menelefon mangsa dan mengaku bekerja sebagai pihak berkuasa. Mangsa akan diberitahu bahawa mereka mempunyai tunggakan cukai tertunggak, sebelum diarahkan menghubungi nombor lain yang menyamar sebagai anggota polis atau pegawai agensi penguatkuasaan lain.

Dalam beberapa kes pula, ahli sindiket akan menyamar sebagai pihak berkuasa dan menuduh mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, yang akan menyebabkan mangsa panik sebelum diminta memberikan butiran perbankan mereka termasuk kod transaksi atau PIN sekali pakai (OTP).

Mangsa yang berjaya masuk perangkap akan memindahkan kesemua wang mereka ke akaun lain atau ke akaun sedia ada. Nilai wang yang dipindahkan itu pula besar dan mampu mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.

Justeru itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya sekiranya terdapat panggilan yang mencurigakan. Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengendahkan panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan jangan dedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Forest City Johor tersenarai sebagai megaprojek paling ‘tidak berguna’ di dunia. Rujuk pautam di bawah untuk membaca.

Forest City Johor Tersenarai Sebagai Megaprojek Paling ‘Tidak Berguna’ Di Dunia

Ketahui Jenis-jenis ‘Scam’ Yang Wujud Dan Rakyat Malaysia Percaya

Lihat Scammer Dari India Ini Cuak Selepas Komputernya Digodam ‘Hacker’