Hari ini telah berlangsungnya perbentangan Belanjawan 2020. Pelbagai pengumuman dan dana telah diumumkan oleh Menteri Kewangan khusus buat Rakyat Malaysia.

Antara pengumuman awal yang menarik perhatian ramai adalah pengumuman YB Lim Guan Eng mengenai pemberian RM30 ke dalam dompet digital atau lebih dikenali dengan e-wallet buat Rakyat Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

72672436_10156895337349682_356783839516819456_o

Berdasarkan perbentangan, mereka yang layak menerima rangsangan digital ini adalah Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 dan kebawah. Penawaran kredit RM30  dimaklumkan bakal ditawarkan kepada Rakyat Malaysia seawal 1 Januari 2020 ini.

Penawaran RM30 ini dibuat bagi sebagai langkah untuk merancakkan lagi industri e-wallet di Malaysia yang cuma menghiasi 8% dalam sektor pembayaran di Malaysia pada ketika ini. Melalui laporan yang diterima, e-wallet yang bakal dikreditkan pihak kerajaan adalah kepada aplikasi Boost. Boost sememangnya antara platform e-wallet yang memudahkan orang ramai untuk bertransaksi secara cashless.

Setakat ini aplikasi Boost telahpun mempunyai 2.7 juta bilangan pengguna aktif serta lebih 30,000 rangkaian yang menyokong aplikasi ini. Jelas sekali, aplikasi ini sememangnya komited untuk menjayakan misi cashless bagi memudahkan orang ramai.

Buat anda yang berminat untuk mencuba aplikasi Boost serta mendapatkan pelbagai promosi menarik, anda boleh muat turun di App Store dan Play Store bagi pengguna Android dan iOS. Layari laman web Boost untuk maklumat lanjut.

Minggu lalu, ucapan Perdana Menteri Malaysia telah membuatkan kempen #BoycottMalaysia trending berikutan marahnya Rakyat India terhadap Tun Mahathir. Dikongsikan juga pengumuman yang dibuat di World Economic Forum mengenai jumlah pekerja yang bakal hilang menjelang 2022. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

#BoycottMalaysia ‘Trending’ Kerana Rakyat India Marah Dengan Ucapan Tun Mahathir

75 Juta Pekerjaan Bakal Hilang Menjelang 2022